Pengurus Pawagam Lotus Five Star Cinemas (LFS) di Seri Iskandar, Perak telah mengambil insiatif mempamerkan notis memaklumkan larangan menggunakan kerusi berkembar atau 'couple seat' bagi pasangan bukan mahram yang tidak mempunyai ikatan sah kepada kaki wayang di sekitar Seri Iskandar.

Ia merupakan usaha untuk membendung gejala sosial di kalangan generasi muda.

Sementara itu, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mahu operasi panggung wayang dikaji semula kerana ia merupakan satu bentuk maksiat yang merosakkan akidah umat Islam.

Katanya lagi, mana-mana kemudahan yang dilihat baik namun membawa maksiat tidak harus digunakan atau dipromosi kepada orang ramai.

Nyatakan pendapat anda tentang isu ini dan sertai undian kami.