awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNESCO tarik balik anugerah kepada Permata, lapor NYT

Astro Awani
Astro Awani
19/09/2016
07:52 MYT
UNESCO tarik balik anugerah kepada Permata, lapor NYT
Kanak-kanak dalam program Permata Negara - Foto Bernama
Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) pada saat akhir membatalkan anugerah yang dirancang diberikan kepada program Pusat Anak Permata Negara (Permata).
Ini menurut laporan New York Times pada Isnin, yang tidak menyatakan sebab-sebab penarikan anugerah itu oleh pertubuhan berkenaan.
Pihak UNESCO juga tidak memberikan butiran lanjut tentang pembatalan pemberian anugerah itu.
Kenyataan mengenai pembatalan pemberian anugerah tersebut dikeluarkan oleh Tudor Parfitt, seorang sarjana yang terlibat dalam acara berkenaan.
Sebelum ini pada Sabtu, Bernama melaporkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dipilih untuk menerima anugerah 'Lead by Example' oleh UNESCO.
Anugerah itu sepatutnya diberikan atas usaha membangunkan potensi kanak-kanak khususnya di bawah program Permata.
Perkara itu, lapor Bernama, dimaklumkan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan merangkap Naib Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia, Datuk Seri Alias Ahmad dalam satu kenyataan.
Anugerah sempena Perhimpunan Agung Ke-71 Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) itu, julung-julung kali diadakan bagi mengiktiraf dan meraikan sumbangan beberapa individu di seluruh dunia yang telah menyumbang kepada keharmonian dan keamanan manusia sejagat.
Ia dijadualkan akan disampaikan di majlis penghormatan kepada wira dalam kempen global menentang keganasan pada 22 September ini, di Muzium Kesenian Metropolitan, New York.
Majlis berkenaan bakal diacarakan bersama oleh Ketua Pengarah UNESCO, Irina Bokova.
Segala tindakan Bokova sedang dipantau dengan teliti memandangkan beliau bakal mengisi jawatan Setiausaha Agung PBB.
Topic Berkaitan
#Permata
#Rosmah Mansor
#Unesco
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan