Pas menganggap pemakaian uniform Jabatan Amal di hari perasmian muktamarnya semalam tidak melanggar undang-undang.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata pakaian menyerupai seragam tentera Malaysia nombor satu adalah perkara biasa.
"Lagipun yang ketuai perbarisan itu ialah bekas tentera. Pada umumnya pakaian nombor satu ini normal.
"Dalam pengakap pun ada pakai. Di peringkat negeri juga berbeza-beza pakaian nombor satunya," katanya kepada media di Muktamar Tahunan Pas ke-64, di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) yang menggesa Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan berhubung pakaian perbarisan Jabatan Amal yang menyerupai uniform tentera.
Takiyuddin turut menjelaskan pakaian tersebut adalah salah satu daripada tujuh pakaian Jabatan Amal.
"Kita ada tujuh jenis pakaian unit amal termasuk pakai beret dan jubah serta pakaian nombor dua.
"Bagi kita, ia bukan berbentuk penyamaran, sebaliknya ia sebahagian daripada pakaian pertubuhan kita yang berdaftar. Ini pertama kali Jabatan Amal memakainya kerana sebelum ini kita tak mampu buat," katanya.
Beliau berkata, Patriot sepatutnya mendesak kerajaan mengawal penjualan pakaian menyerupai uniform tentera di pasaran.
"Pakaian menyerupai uniform tentera dan polis dijual secara meluas di kedai-kedai siap dengan pangkat. Kenapa Patriot tak desak kerajaan kawal?" soalnya.
Sinar Harian
Sun Sep 16 2018
Uniform Jabatan Amal yang dipakai ketika perasmian Muktamar Tahunan Pas ke-64. -Foto Sinar Harian
Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.
Nahas helikopter Lumut: Lori bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB
Kesemua 10 jenazah akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh bagi istiadat rasmi sebaik proses bedah siasat selesai.
Piala Asia B-23: "Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan" - Mukhairi Ajmal
Ketua pasukan Harimau Muda kecewa dengan prestasi sendiri sepanjang Piala Asia B-23.
Niaga AWANI: KL20: MyDIGITAL tingkat daya saing ekosistem startup
Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL, Fabian Bigar berkongsi pandangan beliau berkenaan pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan peranan MyDIGITAL dalam usaha tersebut seiring penganjuran KL20 baru-baru ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi
Hakisan ruang sivik di Malaysia seperti yang dilaporkan dan tindakan keras yang diambil terhadap kebebasan asasi menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
Niaga AWANI: Strategi pelaburan graduan muda di sebalik tekanan inflasi
Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, UPM, Dr. Lau Wei Theng berkongsi tentang bagaimana graduan di Malaysia boleh meningkatkan literasi pelaburan di sebalik prospek ekonomi yang tidak menentu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 24 April 2024
Jumlah dagangan naik kepada 3.73 bilion unit bernilai RM2.79 bilion daripada 3.49 bilion unit bernilai RM2.53 bilion pada Isnin.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Ketidaktentuan pasaran global: Impak & Strategi Pelaburan di Malaysia
S&P 500 ditutup lebih rendah untuk tiga minggu berturut-turut, manakala Nasdaq yang terdiri daripada teknologi jatuh untuk minggu keempat berturut-turut. Bagaimana impak ketidaktentuan pasaran global memberi kesan kepada pasaran saham di Malaysia?
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Akaun 3 KWSP: Tingkat literasi kewangan, depani krisis persaraan
Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkongsi pandangan beliau berkenaan pelaksanaan Akaun 3 KWSP serta bagaimana pentingnya literasi kewangan dalam mendepani krisis persaraan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
EPL: Ten Hag anggap reaksi ke atas kemenangan MU umpama 'penghinaan'
Kemenangan yang diraih MU bukan sesautu yang memalukan, reaksi sesetengah pihak berlebihan, bidas Ten Hag.
'Uniform Jabatan Amal tak langgar undang-undang'
Datuk Takiyuddin Hassan berkata pakaian menyerupai seragam tentera Malaysia nombor satu adalah perkara biasa.