Angkatan Tentera Malaysia akan turut menggunakan pasukan Unit Dron ATM menerusi Op Penawar yang akan memantau sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi berkata, menerusi penggunaan dron, secara tidak langsung akan menjadi 'mata' kepada pihak berkuasa sepanjang perintah PKP dilaksanakan.
"Penggunaan dron ini mampu menjimatkan masa selain menjadi mata kepada pihak berkuasa.
"Kita telah kenal pasti beberapa lokasi 'hotspot' dan akan dibincangkan di peringkat tertinggi sebelum pelaksanaan ini dijalankan," katanya ketika ditemui ketika meninjau penggunaan dron ATM di Cheras pada Sabtu.
Dalam pada itu beliau turut menegaskan agar orang ramai sentiasa patuh dan akur dengan perintah PKP bagi dalam usaha mengawal penularan wabak COVID-19.
"Anggota tentera dikerah disebabkan masih ada yang langgar perintah PKP, kita bimbang tempoh PKP ini akan dilanjutkan lagi dan Ramadan akan datang tidak lama lagi jadi fikirlah," katanya lagi.
Sebanyak empat pasukan dron ATM dikerah terdiri daripada lapan unit dron yang akan ditempatkan di beberapa lokasi yang telah dikenal pasti termasuk kawasan zon merah.
Terdahulu, beliau turut hadir meninjau sekitar lokasi sekatan jalan raya di Cheras.
Hilmi Malik
Sat Mar 28 2020
"Penggunaan dron ini mampu menjimatkan masa selain menjadi mata kepada pihak berkuasa," ujar Jeneral Tan Sri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi. - Astro AWANI
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
UTM optimis pacu teknologi AI negara, lahir tenaga mahir
Inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia turut diperkenal.
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Dua dokumentari warisan Malaysia disenarai dalam MOWCAP
Dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar.
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Zamrose dilantik Panglima Tentera Darat yang baharu
Jen Datuk Zamrose Mohd Zain dilantik sebagai Panglima Tentera Darat yang ke-28 berkuat kuasa hari ini.
TDM tingkat pemantauan di seluruh sempadan di Sabah
Malaysia telah menubuhkan pasukan petugas kebangsaan bagi menentukan perairan serta daratan negara tidak mudah dibolosi.
Cuti pegawai, anggota tentera tidak dibekukan tetapi diperketatkan
Cuti pegawai dan anggota tentera tidak dibekukan namun pemberiannya diperketatkan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani penularan wabak COVID-19.
Unit Dron ATM jadi 'mata' sepanjang PKP berkuat kuasa
Penggunaan dron ini mampu menjimatkan masa selain menjadi 'mata' kepada pihak berkuasa.
'Bakara' kisah sebenar pertempuran di Mogadishu, 'Black Hawk Down' versi Malaysia
Filem tersebut berdasarkan kejadian sebenar pertempuran di Mogadishu, Somalia, adaptasi daripada filem Black Hawk Down versi sebenar Malaysia.
Panglima Tentera Darat rai Syawal bersama anggota
Ia disampaikan oleh Panglima Tentera Darat (PTD) Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi di Kem Sri Banding, Gerik, Perak.