Upacara penuh ketenteraan Hormat Diraja di Dataran Istana Negara mendahului atur cara Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.
Upacara yang membabitkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu adalah lambang taat setia pasukan pertahanan negara kepada Yang di-Pertuan Agong selaku Pemerintah Tertinggi ATM.
Acara bermula dengan keberangkatan tiba Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Anjung Tamu, Istana Negara dan kemudiannya diiringi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan suami Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa ke Peterana Diraja.
[LAPOR LANGSUNG] Istiadat Pertabalan YDP Agong XVI
Sebaik tiba di Peterana Diraja, Yang di-Pertuan Agong diberi Hormat Diraja oleh Kawalan Kehormatan Utama yang dibarisi 107 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).
Serentak itu, lagu Negaraku dimainkan oleh Pancaragam Pusat RAMD dan Panji Peribadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dikibarkan.
Sultan Abdullah kemudiannya berkenan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota lain pangkat, diketuai Mejar Abdul Hafizi Abdul Halim.
Selesai pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama, Yang di-Pertuan Agong sekali lagi menerima Hormat Diraja dan lagu Negaraku berkumandang.
Seri Paduka berdua kemudiannya diiringi dif-dif kehormat berangkat meninggalkan Peterana Diraja ke Dewan Sri Maharaja bagi meneruskan atur cara Istiadat Pertabalan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 30 2019
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memberi tabik hormat ketika memeriksa pasukan Kawalan Kehormat Utama yang dibarisi 107 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD). - Foto Bernama
Imigresen tahan 49 warga asing tiada dokumen sah, tinggal lebih masa
Jabatan Imigresen Perlis menahan 49 warga asing yang dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
RM30 juta untuk pembangunan semula sekolah daif SK Tamu Darat - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM30 juta untuk membangunkan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Tamu Darat di sini yang merupakan antara sekolah daif di negeri ini.
Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
AWANI Ringkas: Kes lelaki Israel miliki senjata api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saya masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk bangkitkan semangat parti - Tengku Zafrul
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih lagi setia bersama parti itu walaupun pernah mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
AWANI Tonight: How will Iran-Israel situation evolve after tit-for-tat attacks?
Iranian officials and media are playing down the Israeli attack on Isfahan, saying it was limited to three small drones. Analyst Jonathan Lord discusses the Iranian response as concerns grow over a possible war with Israel.
AWANI Tonight: India: voters head to polls in world's biggest election
India’s 2024 general election kicks of today with over 969 million eligible voters. Rahul Mishra from Jawaharlal Nehru University shares what to expect as voters head to polls in the world’s biggest election. India, election, Narendra Modi, Rahul Mishra
#AgongKita: Roti canai lauk kambing santapan 'wajib' Agong di Muar
Bagi penduduk di sekitar Muar, Restoran HD di Jalan Maharani bukanlah asing terutama dalam kalangan penggemar roti canai dan nasi beriani.
Sultan Nazrin Shah angkat sumpah Timbalan Yang di-Pertuan Agong buat kali ketiga
Sultan Perak angkat sumpah jawatan untuk kali ketiga sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, peranan yang telah dilaksanakan baginda dengan cemerlang sejak 2016.
Sultan Ibrahim dimasyhur Yang di-Pertuan Agong Ke-XVII
Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan itu diadakan pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 (Khas) di Balairung Seri, Istana Negara.
Istiadat ketenteraan sambut ketibaan Sultan Ibrahim di Istana Negara
Istiadat ketenteraan penuh tradisi menyambut keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sebaik tiba di Dataran Istana Negara hari ini.
Rakyat harap Sultan Ibrahim bawa kecemerlangan dalam pemerintahan negara
Harapan rakyat kepimpinan Yang di-Pertuan Agong menjadikan Malaysia lebih harmoni.
Bangun seawal 5 pagi untuk lihat Sultan Johor dari dekat
Rakyat Johor yakin kepimpinan Sultan Ibrahim akan menjadikan negara lebih maju.
Ribuan rakyat Johor iringi keberangkatan Sultan Ibrahim ke Istana Negara
Keberangkatan Sultan Ibrahim disaksikan kira-kira 30,000 rakyat Johor, termasuk murid sekolah, penjawat awam negeri serta orang ramai.
Raja bijaksana dan berpandangan jauh
Sultan Ibrahim disifatkan sebagai seorang raja yang senantiasa mempunyai pandangan jauh dan sering memberi nasihat untuk kemajuan negeri serta Malaysia.
Laungan 'Daulat Tuanku' iringi keberangkatan Sultan Ibrahim
Laungan 'Daulat Tuanku' bergema dan rakyat melambai tangan menunggu ketibaaan konvoi keberangkatan Sultan Ibrahim ke Hangar Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.
Sultan Ibrahim berangkat tiba di Hangar Diraja
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berangkat tiba di Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru sebentar tadi.