awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Upacara memperingati setahun tragedi MH17 berlangsung pagi ini

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
11/07/2015
02:22 MYT
Upacara memperingati setahun tragedi MH17 berlangsung pagi ini
Turut kelihatan, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman (kanan). - Foto Astro AWANI
Satu upacara memperingati tragedi Penerbangan Malaysia, MH17 sempena ulang tahun pertama nahas itu dianjurkan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA pagi ini.
Upacara ini dijangka akan dihadiri kira-kira 1,000 tetamu jemputan, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri kabinet yang lain.
Pada jam seawal 8.30 pagi, kelihatan waris-waris penumpang pesawat Boeing 777-200 sudah pun tiba di sini untuk menyertai upacara ini.
Turut kelihatan, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman.
Upacara Memperingati Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, KLIA hari ini.Kira2 1000 tetamu di jangka hadir. @501Awani pic.twitter.com/0f6cfQw36w
— Mariah Ahmad (@A_marea) July 11, 2015
Kelihatan Ketua Pengarah (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman di upacara memperingati tragedi MH17. @501Awani pic.twitter.com/1GbZUhT0L1
— Mariah Ahmad (@A_marea) July 11, 2015
Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim. @501Awani pic.twitter.com/KIERTtTRFV
— Mariah Ahmad (@A_marea) July 11, 2015
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tiba di Upacara Memperingati Tragedi MH17. @501Awani pic.twitter.com/bTT0PaKy12
— Mariah Ahmad (@A_marea) July 11, 2015
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai tiba di Kompleks Bunga Raya KLIA kira-kira jam 9.20 pagi. @501Awani pic.twitter.com/wqktTzuJYG
— Mariah Ahmad (@A_marea) July 11, 2015
Perdana Menteri DS Najib Razak tiba di Upacara Memperingati Tragedi MH17 bersama isteri @501Awani pic.twitter.com/fylwD0Ac59
— Mariah Ahmad (@A_marea) July 11, 2015
Antara waris mangsa yang tidak dapat menahan sebak ketika video imbas kembali MH17 ditayangkan. @501Awani pic.twitter.com/hUacheEpPx
— Mariah Ahmad (@A_marea) July 11, 2015
"Bagi saya dan isteri saya, insiden ini sangat sukar untuk dilupakan," - DS Najib Razak. @501Awani pic.twitter.com/qxq5NeX2UJ
— Mariah Ahmad (@A_marea) July 11, 2015
Astro AWANI (saluran 501) turut menyiarkan secara langsung upacara memperingati tragedi MH17 bermula 9.30 pagi ini. Juga di AstroAwani.com
Pesawat malang MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 43 rakyat Malaysia sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di timur Ukraine setelah dipercayai ditembak jatuh di ruang udara negara yang bergolak itu pada 17 Julai tahun lepas.
Topic Berkaitan
#MH17
#Muhyiddin Yassin
#Najib Razak
#penerbangan Malaysia
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan