awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UPM hasil cecair sanitasi tangan, percuma untuk petugas barisan hadapan

Astro Awani
Astro Awani
05/05/2020
03:20 MYT
UPM hasil cecair sanitasi tangan, percuma untuk petugas barisan hadapan
UPM menghasilkan cecair sanitasi tangan susulan bekalan bahan itu yang agak terhad ketika ini di samping peningkatan kos ketara akibat permintaan tinggi. - Gambar UPM
Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya menghasilkan sebanyak 1,255 liter cecair sanitasi tangan dalam usaha menangani penularan wabak COVID-19.
Produk tersebut, yang dihasilkan dalam dua fasa oleh pensyarah dan pegawai Jabatan Kimia Fakulti Sains UPM, akan disumbangkan secara percuma kepada petugas barisan hadapan di beberapa institusi dan lokasi.
Ia termasuk Pusat Kesihatan Universiti, Hospital Pengajar UPM, perkhidmatan penting di kampus UPM, pelajar-pelajar UPM, warga B40 sekitar Serdang, Putrajaya, Cyberjaya, Kelang, Kuala Lumpur dan beberapa zon merah jangkitan COVID-19.
"Produk ini mematuhi piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menggunakan isopropil alkohol sebanyak 75 peratus sebagai bahan aktif utama dan gliserol sebagai bahan emolien.
"Dua makmal pengajaran kimia telah digunakan sebagai tapak penghasilan dan pengisian cecair sanitasi tangan dengan mematuhi kaedah keselamatan yang ditetapkan," kata ketua projek Dr Nadiah Mad Nasir.
Beliau yang merupakan pensyarah kanan di Fakulti Sains UPM berkata, cecair tersebut diisi dalam 8,500 botol (80 milimiter setiap satu) dan yang selebihnya bagi tujuan isian semula. Katanya, bagi fasa pertama, projek itu melibatkan kerjasama dengan Global Innovation through Science and Technology (GIST), Amerika Syarikat.
Manakala fasa kedua menerima dana beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Surau Al-Ansar Taman Suria Tropika dan Islamic Banking & Finance Institute Malaysia (IBFIM).
Sementara itu, Dekan Fakulti Sains Prof Dr Mohd Basyaruddin Abdul Rahman berkata, cecair sanitasi tangan sangat diperlukan di pelbagai sektor terutama untuk petugas barisan hadapan, tetapi bekalannya agak terhad di samping peningkatan kos ketara akibat permintaan yang tinggi.
"Sehubungan itu, Naib Canselor UPM Prof Datuk Dr Aini Ideris telah mendorong Fakulti Sains untuk menerajui kerjasama komuniti dengan NGO pada masa genting ini.
"Jabatan Kimia menyambut baik inisiatif Murali Prasad daripada GIST untuk program 'Function of Science' untuk menyertai projek komuniti cecair sanitasi tangan yang melibatkan beberapa makmal Jabatan Kimia di beberapa universiti awam Malaysia," katanya.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#cecair
#cecair sanitasi tangan
#COVID-19
#Hospital
#kerajaan
#keselamatan
#kesihatan
#Malaysia
#NGO
#Putrajaya
#Sains
#sanitasi
#UPM
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan