KEPUTUSAN Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan pagi tadi mengundang pelbagai reaksi masyarakat.

Dengan hanya 1.11 peratus daripada jumlah keseluruhan 440,782 calon yang menduduki UPSR tahun ini memperoleh semua A, keputusan ini dilihat satu penurunan yang agak ketara berbanding tahun lalu.


Ia sekali gus memberi kejutan dan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa, apatah lagi situasi ini berlaku selepas penukaran format baharu.





Bagi kebanyakan netizen, mereka tidak faham mengapa format peperiksaan itu perlu ditukar.





Antara reaksi di Facebook.
Kata mereka, adalah lebih baik sistem pendidikan sedia ada dikekalkan dan dinaik taraf, bukannya ditukar secara menyeluruh.

Keputusan yang kurang baik yang diperoleh kerana penukaran format peperiksaan dikhuatiri menjejaskan fokus pelajar selain bimbang motivasi pelajar akan menurun.

Calon peperiksaan UPSR pada tahun ini merupakan kohort pertama yang telah mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sejak Tahun 1 iaitu pada tahun 2011.