Hari pertama Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2015 berjalan lancar di sebalik kebimbangan bahawa cuaca berjerebu boleh menjejaskan kelancarannya.

Seramai 455,929 calon di seluruh negara menduduki ujian khusus untuk pelajar tahun enam itu.

8,134 pusat peperiksaan dibuka di seluruh negara dengan 49,655 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan itu berjalan lancer.

Kenyataan Kementerian Pendidikan melaporkan 446,511 calon terdiri daripada calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala 9,418 adalah calon sekolah swasta.

Sebelum ini, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi catatan di laman sosial Twitter mengucapkan selamat berjaya kepada semua calon UPSR.

Tidak ketinggalan pemimpin kerajaan dan Pakatan Rakyat untuk turut serta mendoakan kejayaan kepada semua pelajar UPSR.



Selain itu, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini turut memberi jaminan setiap prosedur pengurusan kertas soalan UPSR sudah diperketatkan. Beliau berkata, tiada prosedur baru ditambah untuk mengelakkan kebocoran soalan.



Kunjungan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman ke Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir
Beliau juga berkata Kementerian Pendidikan akan memantau perkembangan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sebelum membuat keputusan sama ada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu ditunda atau tidak.

Selain itu, Timbalan Menteri Pendidikan II, Senator Chong Sin Woon berkata Kementerian Pendidikan mengarahkan Lembaga Peperiksaan Malaysia menyiasat dakwaan calon peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di beberapa Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Pulau Pinang yang tidak dibenarkan menjawab menggunakan dwibahasa.

Beliau berkata perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana kementerian tidak pernah mengeluarkan arahan untuk tidak membenarkan calon di SJKC seluruh negara menjawab menggunakan dwibahasa.
LIHAT: ALBUM PEPERIKSAAN UPSR 2015 BERMULA

Debaran turut dirasai bagi ibu bapa ketika musim peperiksaan dan kadangkala lebih daripada anak yang mengambil ujian.

Semestinya, acara wajib, solat hajat dan bacaan tahlil diadakan bagi mendoakan kejayaan pelajar yang menduduki UPSR.


Ibu bapa turut merasai debaran peperiksaan UPSR
UPSR berjalan selama tiga hari sehingga Khamis.