awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Urus kewangan: Tak balik kampung bukan penyelesaiannya, kata netizen

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
04/07/2015
05:43 MYT
Urus kewangan: Tak balik kampung bukan penyelesaiannya, kata netizen
Tidak pulang ke kampung di musim perayaan dilihat sebagai cadangan tidak munasabah.
KECOH jadinya di laman sosial apabila seorang pakar motivasi memberi saranan agar warga kota jangan pulang berhari raya di kampung halaman pada Hari Raya ini.
Saranan itu dibuat oleh Syed Abdul Aziz Al-Qubra, ketika ditemu ramah sebuah rancangan di sebuah stesen televisyen tentang apa yang boleh dilakukan rakyat untuk berjimat dalam keadaan ekonomi tidak menentu hari ini.
Syed Abdul Aziz berkata, salah satu cara untuk mengelakkan perbelanjaan yang melebihi bajet di musim perayaan adalah dengan tidak pulang ke kampung.
Beliau turut menyarankan agar rakyat Malaysia tidak terikut dengan trend masyarakat di mana kebanyakannya gemar membeli-belah dan bercuti di musim perayaan.
Kredit video: Zon Ilmu Kita
Di laman sosial, netizen ternyata naik angin dengan kenyataan tersebut.
Kebanyakan mereka menghambur rasa tidak puas hati dan menyifatkan cadangan itu sebagai tidak masuk akal.
Mereka menganggap, musim perayaan adalah masa untuk bersama keluarga dan cadangan agar tidak pulang ke kampung semata-mata untuk berjimat adalah tidak munasabah.
Harga ayam naik, jangan makan ayam. Harga minyak naik, suruh guna basikal. Tol naik, jangan balik kampung. Aku tampar jugak diorang ni kang.
— Apollonia (@aimartian) July 3, 2015
My last retweet. Dia suro orang jangan balik kampung for raya untuk berjimat? Baik kau suruh PM kita cancel raya dlm Malaysia ni je terus.
— f.h (@FarhanHendy) July 4, 2015
"Cuba tahun ni jangan balik kampung,jimat duit" #10; Cuti perayaanlah orang bandar nak balik kampung ziarah famili dan sanak saudara
— ahayakehidupan(@cahayakejiwaan) July 4, 2015
angan balik kampung, sebab nak jimat minyak..#10; Apakah yini? /p>— Capital S (@KekCekelatt) July 4, 2015
Sebaliknya, netizen berpendapat adalah lebih baik jika pihak berwajib memikirkan cara bagaimana mahu membantu mengurangkan beban yang ditanggung rakyat.
Ia dilihat lebih sesuai kerana masalah kewangan lebih efektif jika ditangani menggunakan langkah jangka panjang.
kampung 1
kampung 1
kampung 2
kampung 2
kampung 3
kampung 3
Kalangan netizen berpendapat cadangan yang dibuat tanpa memikirkan emosi dan perasaan rakyat hanya akan menyemarakkan lagi kemarahan.
Ada juga yang menyifatkan sebagai seorang yang berilmu, Syed Abdul Aziz sepatutnya lebih mengetahui kelebihan dan keperluan balik kampung di musim perayaan.
Topic Berkaitan
#balik kampung
#berjimat
#ekonomi
#hari raya
#pakar motivasi
#Syed Abdul Aziz Al-Qubra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan