awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usaha jejaki dua rakyat Malaysia hilang di Jakarta digerakkan - Wisma Putra

Astro Awani
Astro Awani
06/04/2017
02:18 MYT
Usaha jejaki dua rakyat Malaysia hilang di Jakarta digerakkan - Wisma Putra
Kakak kepada dua mangsa yang hilang di Indonesia, Junaina Mohamad Darus, 33, (kanan) dan Darwina Ahmad, 32, menunjukkan gambar adiknya Kamarol Arifin Mohamad Darus, 27 (kanan) dan Mohd Shafa Ahmad, 29, (kiri) yang hilang. - Foto Bernama
Usaha mencari dua warga Malaysia yang dilaporkan hilang di Jakarta, Indonesia sejak beberapa hari lalu kini sedang dijalankan.
Menurut satu kenyataan oleh Kementerian Luar Negeri hari ini, dua individu terbabit, Kamarol Arifin Mohamad Darus dan Mohd Shafa Ahmad tidak dapat dikesan sebaik mereka tiba di Jakarta, Indonesia pada 30 Mac 2017 yang lalu.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah dimaklumkan tentang kehilangan mereka pada 1 April lalu.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Kedutaan Besar Malaysia, usaha mencari kedua-dua individu tersebut dilakukan melalui segala saluran rasmi yang ada.
"Pihak Kedutaan juga telah bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Indonesia dan Malaysia untuk mengesan kedudukan terkini mereka," menurut kenyataan itu.
Dalam masa yang sama, pihak keluarga kedua-dua individu ini juga sedang berhubung rapat dengan Kementerian Luar Negeri.
Topic Berkaitan
#hilang
#Jakarta
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan