Pasukan mencari dan menyelamat meneruskan usaha mengesan tiga lagi mangsa yang masih hilang susulan kejadian bot karam berhampiran Pulau Che Kamat, Teluk Ramunia.

Mereka yang masih hilang ialah tekong dan dua pembantu bot tersebut.

Agensi Penguatkuasaan Malaysia (APMM) Wilayah Selatan pada masa sama memaklumkan jumlah sebenar penumpang bot berkenaan adalah seramai 44 orang.

Berdasarkan siasatan awal, bot berkenaan keluar dari Sungai Rengit dan menuju ke Batam, Indonesia kira-kira 4.30 pagi.

Bot berkenaan kemudian dilaporkan mengalami kebocoran dan dimasuki air sebelum karam.

Usaha mencari dan menyelamat itu dibantu pasukan Polis Marin dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM).