Usaha pencarian kapal tangki dan 22 anak kapal yang dilaporkan hilang di perairan Malaysia beberapa hari lalu diteruskan hari ini.
Menurut satu kenyataan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) , operasi mencari kapal tangki hilang itu diteruskan pagi ini dengan kawasan pencarian meliputi kawasan seluas 20,000km persegi.
Sebelum ini sebuah kapal dagang bersama 22 anak kapalnya dilaporkan hilang berhampiran kawasan perairan Laut China Selatan sejak Khamis.
Memetik laporan Berita Harian, Kapal MT Orkim Harmony dikatakan dalam pelayaran dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan sebelum dilaporkan gagal dikesan.
Kapal yang membawa muatan 5,879 tan metrik minyak petrol RON 95 itu terputus hubungan dengan syarikatnya, Orkim Ship Management Sdn Bhd kira-kira pukul 6.05 petang.
Kedudukan terakhirnya adalah di 30 batu nautika dari timur Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor pada pukul 8.50 malam.
MT Orkim Harmony membawa 16 anak kapal tempatan termasuk lima warganegara Indonesia dan seorang warganegara Myanmar. Kesemua mereka berusia dalam lingkungan 20 hingga 64 tahun.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Datuk Ahmad Fuzi Ab. Kahar berkata, sebaik menerima laporan kehilangan pada jam 6 pagi Jumaat, gerakan mencari dan menyelamat (SAR) segera dilancarkan.
Menurut beliau operasi SAR yang bermula pada pukul 7.30 pagi Sabtu melibatkan tiga aset laut iaitu KM Mulia, Pengawal 32 dan Penggalang 14 serta sebuah helikopter. Dua kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) turut membantu dalam operasi menyelamat.
Ahmad Fuzi turut menjelaskan bahawa pihaknya telah memaklumkan agensi penguatkuasa negara jiran termasuk Singapura dan Indonesia mengenai kejadian tersebut.
Astro Awani
Sun Jun 14 2015
Gambar memaparkan Kapal MT Orkim Harmon seiras MT Orkim Harmony, kapal yang hilang sejak Khamis lalu - Foto Orkim Sdn Bhd
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Kanak-kanak perempuan ditemukan selamat
Mangsa berusia lapan tahun itu didakwa dilarikan sebuah kereta berwarna hitam kira-kira jam 6.30 petang.
Warga emas hilang selepas keluar rumah belum dijumpai
Seorang lelaki warga emas yang dikhuatiri hilang sejak keluar dari rumahnya kira-kira 8 pagi semalam, masih belum dijumpai.
Polis kenal pasti identiti lima sekeluarga dihanyut arus deras ketika menjala
Yang masih hilang ialah ibunya yang dikenali sebagai Juliana, 38, dan adik perempuan bongsunya, Riska Amelia, empat tahun.
Penuntut kolej jururawat hilang dijumpai di Johor
Penuntut Institut Latihan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKMM) Nor Diana Mohd Najib yang dilaporkan hilang sejak 29 Feb lepas ditemukan selamat di Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor.
1 maut, 9 hilang dalam tanah runtuh di Jawa Barat, Indonesia
Seorang maut manakala sembilan lagi, termasuk kanak-kanak hilang selepas tanah runtuh melanda sebuah kampung di wilayah Jawa Barat Indonesia pada Ahad.
Ibu rayu bantu cari anak hilang
Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil Anuar didapati tidak pulang selepas keluar rumah pada hari kejadian.
26 maut, enam hilang dalam banjir dan tanah runtuh di Sumatera Barat, Indonesia
Agensi Pengurusan Bencana Sumatera Barat (BPBD) pada Isnin melaporkan 26 maut dengan enam masih hilang dan dua cedera dalam kejadian banjir dan tanah runtuh di pulau itu.
Singapura: Seorang hilang dalam kejadian dua bot persiaran berlanggar
Dalam kejadian itu, empat daripada lima penumpang yang terjatuh ke laut ditemukan selamat.
Angka kematian akibat tanah runtuh di Filipina meningkat kepada 15, 110 hilang
Kerajaan perbandaran Maco dalam satu kenyataan mendedahkan seramai 31 mangsa berjaya diselamatkan setakat ini.
Warga emas dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras banjir kilat
Seorang warga emas dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras semasa meredah banjir kilat di pekan Sungai Lembing hari ini.