Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Usaha pencarian MH370 di dasar laut dijangka selesai Jun 2016 - JACC

Usaha pencarian MH370 di dasar laut dijangka selesai Jun 2016 - JACC
JACC berkata daripada kawasan pencarian seluas 120,000km persegi, lebih 80,000km persegi kawasan di dasar laut berkenaan sudah diterokai. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 di dasar laut di Lautan Hindi dijangka selesai sekitar Jun 2016, kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC) hari ini.

JACC berkata daripada kawasan pencarian seluas 120,000km persegi, lebih  80,000km persegi kawasan di dasar laut berkenaan sudah diterokai dalam misi pencarian, setakat ini.

"Usaha mencari pesawat MH370 akan dijalankan walaupun semasa Krismas dan Tahun Baru," menurut agensi itu dalam satu kenyataan.

Mengenai operasi terkini pencarian, JACC berkata kapal Fugro Discovery menjalankan misi pencarian menggunakan peralatan tunda jauh ke dasar laut serta kapal Havila Harmony yang menggunakan Kenderaan Bawah Air Autonomi (AUV).
Kapal Fugro Equator telahpun tiba di pelabuhan Freemantle, Australia untuk menghantar bekalan dan menjalankan operasi penyelenggaraan enjin, kata JACC.

Pesawat MH370 dilaporkan hilang semasa dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac, 2014 dengan membawa 239 penumpang dan krew.