Usaha menarik seekor ikan paus yang ditemui di tepi pantai Taman Rekreasi Pantai Rambah, di sini, semalam, ke bahagian laut dalam memakan masa lebih tiga jam.
Menceritakan pengalaman terbabit, seorang nelayan, Ismail Sirat, 47, berkata usaha terbabit juga terpaksa dilakukan sebanyak enam kali kerana mamalia itu 'berdegil' dan kembali ke semula ke bahagian cetek.
"Usaha menolak dan menarik ikan sepanjang 20 meter tersebut bermula 2.30 petang. Berlaku kesukaran kerana ikan dianggar seberat empat tan itu berpatah balik ke bahagian cetek apabila kami sudah menolak dan menariknya ke bahagian dalam," katanya yang ditemui di Jeti Nelayan Sungai Rambah, di sini, hari ini.
Ismail berkata dia bersama abang, Hamid Sirat, 59, dan seorang rakan menarik ikan itu menggunakan sebuah bot berserta satu enjin sangkut berkuasa 115 kuasa kuda manakala sembilan individu lain termasuk dua anggota bomba menolak haiwan tersebut dengan tangan dari tepi pantai.
Beliau berkata keadaan air laut pada ketika itu mencecah paras pinggang dan usaha menarik ikan itu dilakukan menggunakan tali berukuran 15 meter yang diikat pada ekor ikan terbabit dengan bot.
Ismail berkata mereka terpaksa berhempas pulas kerana ada kalanya ikan itu bertindak agresif dengan merentap tali terbabit menggunakan ekornya yang sekali gus dikhuatiri menyebabkan air laut memasuki bot.
"Selepas 5.30 petang, barulah ikan itu berjaya ditarik sehingga ke bahagian laut dalam di kawasan perairan Pontian, iaitu kira-kira 1 batu nautika dari Pantai Rambah," katanya.
Menurut Ismail, ikan tersebut kemudian difahamkan berenang ke bahagian laut lebih dalam kira-kira 2.6 batu nautika dari perairan Pontian dengan diawasi Pasukan Polis Marin Wilayah Dua.
Ditanya mengenai perasaannya apabila berjaya menyelamatkan ikan itu, Ismail berkata dia berasa bangga dan menganggap tindakan pantas terbabit merupakan sesuatu yang tepat bagi mengelakkan ikan terbabit mati.
Katanya, dia amat terkejut mengenai kehadiran ikan itu yang sempat digelarnya sebagai 'Si Corner' di perairan Pontian memandangkan kejadian terbabit merupakan kali pertama berlaku sejak dia menjadi nelayan selama 30 tahun.
"Saya berharap 'Si Corner' selamat berenang ke laut lepas dan terus hidup. Kemungkinan dia terlepas daripada kumpulannya dan sesat hingga ke tepi pantai," katanya sambil berseloroh ikan itu digelar 'Si Corner' kerana sikapnya yang menghala ke arah lain dan membelok berpatah balik ke bahagian cetek ketika cuba ditarik ke laut dalam.
Bernama
Tue Feb 09 2016
Ikan tersebut kemudian difahamkan berenang ke bahagian laut lebih dalam kira-kira 2.6 batu nautika dari perairan Pontian dengan diawasi Pasukan Polis Marin Wilayah Dua. - Gambar Astro AWANI
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Usaha tarik ikan paus di Pantai Rambah melebihi tiga jam - Nelayan
Usaha menarik seekor ikan paus yang ditemui di tepi pantai Taman Rekreasi Pantai Rambah, di sini, semalam, ke bahagian laut dalam memakan masa lebih tiga jam.