awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usahawan agro muda digesa manfaat industri nanas sebagai kekayaan baharu negara

Bernama
Bernama
02/07/2020
22:00 MYT
Usahawan agro muda digesa manfaat industri nanas sebagai kekayaan baharu negara
Industri pengeluaran nanas negara akan terus diperkasakan dengan menarik lebih ramai usahawan agro muda.
Industri pengeluaran nanas negara akan terus diperkasakan dengan menarik lebih ramai usahawan agro muda untuk terlibat dalam pertanian nanas yang dikategorikan sebagai sumber kekayaan baharu negara.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata kementerian dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah memainkan peranan dalam melaksanakan program tanaman melibatkan golongan berkenaan.
Katanya mereka merupakan pemangkin kepada sektor pertanian negara seperti Projek Kluster Nanas Lestari (KNAL) yang dilihat mampu menjana ekonomi dan pendapatan lebih baik kepada pekebun dan pengusaha.
"Oleh itu, kita ingin melihat anak-anak muda sama ada lepasan sekolah atau lepasan universiti yang berminat dalam bidang pertanian boleh menceburi penanaman nanas ini.
"Kerajaan menyediakan dana di bawah program usahawan agro muda, pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional dan pinjaman mikro kredit yang dikendalikan oleh Agrobank," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri taklimat industri nanas di ibu pejabat LPNM di Wisma Nanas di sini pada Khamis.
Turut hadir Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ahmad Hamzah, Ketua Setiausaha kementerian Datuk Zainal Azman Abu Seman dan Pengerusi LPNM Datuk Dr Sahruddin Jamal.
Pada tahun lepas, eksport produk nanas negara meningkat 60 peratus kepada RM491 juta berbanding RM343 juta pada tahun sebelumnya.
"Di peringkat dunia, Malaysia berada di kedudukan ke-19 untuk pengeluar buah nanas, manakala Johor adalah negeri terbesar untuk tanaman nanas (9,700 hektar) yang juga perintis kepada penanaman MD2 di Malaysia," katanya.-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#agro
#ekonomi
#kerajaan
#nanas
#pertanian
#Projek Kluster Nanas Lestari
#Ronald Kiandee
#sumber kekayaan baharu
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan