Usahawan desa di negara ini digesa menggunakan Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) dalam mentransformasikan produk keluaran tempatan seiring dengan perkembangan teknologi maklumat yang kian pesat ketika ini.
Ketua Sektor Digital dan Ekosistem Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus berkata, sebelum ini tahap capaian adalah rendah, namun ia telah berkembang melebihi 78 peratus dan ia adalah sesuatu yang baik untuk mentransformasikan pasaran sekali gus meningkatkan pendapatan masyarakat luar bandar.
"Pada 2007, kita hanya mengajar cara membuka laman web dan aplikasi di dalam komputer kepada pelajar dan penduduk di kawasan pedalaman, namun keadaan telah berubah di mana ramai telah celik internet dan transformasi pemasaran produk dibuat dengan lebih berkesan," katanya kepada pemberita pada program 'Lawatan Media: Menarik di Padang Terap', di Kuala Nerang, di sini, pada Khamis.
Katanya, sehingga kini sebanyak 820 Pi1M telah beroperasi di seluruh Malaysia dengan keahlian penggunanya mencecah 550,000 orang.
Daripada jumlah itu, 30 peratus menggunakan Pi1M untuk memasarkan produk dalam dan luar negara menerusi laman sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter serta Whatsapp .
"Kita mengambil contoh Kelulut Jelutong Madu di Kuala Nerang, Kedah di mana pengusahanya sebelum ini hanya memperoleh RM200 hingga RM300 sebulan tetapi selepas menggunakan aplikasi yang terdapat di Pi1M, pendapatannya meningkat hingga RM1,200 sebulan.
"Pengusaha rumah bot di Tasik Pedu pula pendapatannya mencecah kepada lebih RM10,000 berbanding RM2,000 yang diperoleh sebelum ini," katanya.
Sementara itu, SKMM memperkenalkan konsep kluster kepada sembilan Pi1M di daerah Padang Terap untuk kakitangannya bekerja secara berkumpulan untuk menonjolkan produk dan perkhidmatan yang terdapat di sesebuah daerah.
"Konsep ini membolehkan mereka mengendalikan program-program yang lebih besar dan bersepadu, serta berkongsi kemahiran dan kelebihan yang ada untuk mempromosikan produk komuniti tempatan agar lebih tinggi," katanya.
Menurut beliau, Pi1M Wilayah Utara akan mempromosikan produk komuniti dengan mewujudkan laman Facebook "Menarik Di..." dan laman web www.menarikdi.com untuk mengabungkan semua produk dalam satu platform.
Katanya, inisiatif ini memberi impak positif kepada penduduk tempatan khususnya bagi meningkatkan pendapatan tambahan dengan kemasukan pelancong dalam dan luar negara ke Padang Terap.
"Setiap kluster akan mengendalikan Facebook page contohnya Menarik Di Yan, Menarik Di Langkawi dan Menarik Di Padang Terap. Inisiatif ini dapat mengekploitasi produk tempatan, perkhidmatan serta tempat yang menarik untuk dilawati, selain kluster ini akan melihat kelebihan yang ada untuk diketengahkan agar menjadi rujukan atau tarikan pelawat luar dan tempatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 03 2017
Mohd Ali (tiga, kanan) menunjukkan tanda bagus pada poster yang memaparkan kawasan menarik di Padang Terap sempena Lawatan Media: Menarik di Padang Terap pada Khamis. --fotoBERNAMA
Galak kanak-kanak baca buku kepelbagaian kaum, agama untuk faham, rai perbezaan - Fahmi
Kanak-kanak perlu didedahkan dengan budaya membaca terutama buku mengenai kepelbagaian kaum dan agama di negara ini sebagai usaha melahirkan generasi berpengetahuan.
Nahas helikopter Lumut: Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan
Sivanesan berkata hatinya luluh apabila mengetahui Sivasutan pula disahkan sebagai seorang daripada mangsa yang maut dalam nahas itu.
Nahas helikopter Lumut: Adik mahu kakak dikebumi di Sarawak
Pelajar tingkatan empat itu berkata kali terakhir dia bertemu dengan kakaknya pada sambutan Hari Gawai tahun lepas.
Jualan kenderaan baharu Malaysia susut 10 peratus - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia pada Mac 2024 susut 10 peratus kepada 71,052 unit, berbanding 78,881 yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
LA28: Nurul Izzah Izzati wajar disenaraikan dalam progran Fast Track RTG - Amarjit
Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM) percaya pelumba trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri harus disertakan dalam program Fast Track di bawah inisiatif Road to Gold (RTG) selepa
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
MCMC rancang bangunkan program latihan berkaitan kod teknikal
Ia bagi meningkatkan kualiti dan kebolehpercayaan perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam negara.
Pelaksanaan Fasa 1 JENDELA berjaya, lepasi sasaran ditetapkan - MCMC
Fasa 1 JENDELA telah mencapai 7.74 juta premis sedia untuk disambungkan dengan Internet gentian, melebihi sasaran awal 7.5 juta premis.
MCMC bekerjasama rapat dengan syarikat telekomunikasi bagi pastikan liputan rangkaian yang baik pada PRU15
MCMC akan merujuk kepada pelan tindakannya daripada pilihan raya negeri sebelum ini di Johor, Melaka dan Sarawak.
Sasaran Fasa 1 JENDELA tercapai, liputan 4G pada 95.82 peratus setakat Jun 2022
Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) bergerak ke arah sasaran Fasa 1 untuk mencapai 7.2 juta premis yang dilengkapi kebersambungan fiber dan liputan 4G sebanyak 95.82 peratus setakat 30 Jun,2022.
Fasa 1 JENDELA dijangka libatkan kos RM28 bilion - MCMC
Enam puluh peratus daripada jumlah kos itu dibiayai pihak komersial manakala selebihnya adalah dari pihak kerajaan.
Usahawan digesa guna sebaik mungkin Pusat Internet 1Malaysia
Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus berkata, sebelum ini tahap capaian adalah rendah, namun ia telah berkembang melebihi 78 peratus.