awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohamad Hasan gesa rakyat Malaysia di luar negara kerjasama rapat dengan kedutaan
Penempatan semula mesin pengimbas di KLIA T1, tingkat keselamatan, lancar aliran penumpang
Lokasi pelancongan di N. Sembilan jadi tumpuan sempena cuti sekolah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usain Bolt, Jack Ma antara penceramah GTF 2017

Bernama
Bernama
05/02/2017
12:13 MYT
Usain Bolt, Jack Ma antara penceramah GTF 2017
Forum GTF yang bertemakan "Memacu Transformasi" ini menampilkan penceramah terkenal termasuk jaguh pecut Olimpik Usain Bolt (kiri) dan pengasas Alibaba Group Jack Ma. - Gambar Fail
Jaguh pecut Olimpik Usain Bolt serta pengasas dan pengerusi eksekutif Alibaba Group Jack Ma merupakan antara penceramah pada Forum Transformasi Global (GTF) yang dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 dan 23 Mac, 2017.
GTF, anjuran Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), merupakan satu-satunya platform dunia untuk berkongsi dan membincangkan tindakan transformasi serta pengalaman di tiga peringkat utama iaitu kerajaan, perniagaan dan individu.
Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu Datuk Seri Idris Jala berkata peningkatan dunia tanpa sempadan memerlukan transformasi boleh mengubah kehidupan, masyarakat, ekonomi, sehingga membawa kebahagiaan.
"Komponen transformasi termasuk pelbagai bidang yang semakin meningkat daripada penetapan sasaran dan mencapai sasaran ini menandakan kemungkinan usaha tanpa kesudahan dalam inovasi untuk mengubah dan berjaya.
"Rahsia ini akan dikongsi oleh penceramah jemputan yang telah melaluinya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Forum yang bertemakan "Memacu Transformasi" ini juga akan menampilkan penceramah terkenal lain termasuk pengasas Virgin Group Sir Richard Branson, usahawan dan penulis 'The Pursuit of Happyness' Chris Gardner, dan pemenang 13 Formula One Grand Prix David Coulthard.
Kali terakhir GTF pada 2015 yang membawa penceramah termasuk pelakon dan ahli politk Arnold Schwarzenegger, bekas pentadbir Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Perdana Menteri New Zealand Helen Clark, pemenang enam kali 'Pengadil Terbaik FIFA', Pierluigi Collina, dan pengasas bersama Starbucks Zev Siegl, berjaya menarik lebih 3,000 perwakilan daripada 76 negara. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Forum Transformasi Global
#GTF
#Jack Ma
#Usain Bolt
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan