Sejajar dengan revolusi industri ke-4, Universiti Sains Malaysia (USM) melancarkan Kampus Tanpa Tunai semasa Perutusan Tahunan Naib Canselor (PTNC) yang berlangsung minggu lalu di Dewan Tuanku Syed Putra.

Pembayaran tanpa tunai atau ‘cashless payment’ diperkenalkan USM melalui aplikasi USMartPay dengan kemudahan Maybank QRPay, Touch ‘N Go, Kad Kredit dan ‘e-payment’.

Kampus Tanpa Tunai akan bermula pada 1 Mac 2018 yang bakal beroperasi di Pusat Sukan dan Rekreasi USM serta Perpustakaan pada peringkat permulaan selain akan diperluas dalam fasa yang seterusnya.

UniStorage USM akan menjadi syarikat pertama yang menggunakan USMartPay dalam urusan perniagaannya.

USM terus memacu ke arah Kampus Tanpa Tunai dengan penggunaan teknologi yang maksimum dalam urusan pembayaran yang mampu memudahkan urusan dan mengurangkan transaksi fizikal.

_________________________________________________________

*Laporan ini disediakan AWANI Rangers Universiti Sains Malaysia, Mohammad Ariffudin Sah Harudin

*Awani Rangers ialah inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.

**AwaniRangers USM ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Sains Malaysia.