Skip to main content

Malaysia

Ustaz Azhar dilarang beri ceramah?

71487418978_AzharIdrus.jpg
Kuliah Maghrib Perdana Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang dijadualkan di Masjid Kampung Bahagia, di sini malam tadi mendapat kekangan dipercayai daripada Pejabat Agama Daerah Setiu atas sebab penceramah tidak mendapat tauliah.

Bagaimanapun, bagi tidak menghampakan jemaah yang telah hadir, kuliah maghrib tersebut tetap diadakan di lokasi lain iaitu di Pasti bersebelahan.

Difahamkan penganjur yang terdiri daripada jawatankuasa Masjid Kampung Bahagia, mengetahui berhubung halangan dari pejabat agama itu.

Advertisement

Sebagai langkah mengelak tindakan undang-undang diambil ke atas penceramah bebas itu, penganjur menukar lokasi kuliah malam tadi.

 

Must Watch Video