announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia

Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia
Allahyarham Ismail Kamus menghembuskan nafas terakhir pada usia 72 tahun di malam 15 Ramadan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pendakwah tanah air dan pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Datuk Ismail Kamus menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.30 tengah malam di kediaman beliau di Ampang.

Berita pemergian tokoh ternama tanah air itu dikongsi oleh Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia menerusi laman Facebook rasmi kira-kira 10 minit lalu.

"Tokoh pendakwah tanah air dan Pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Tuan Guru Dato' Ismail Kamus telah kembali ke rahmatullah Jam 12.30 pagi, 8 Mei 2020 di kediaman beliau di Ampang.

"Semoga Allah SWT menempatkan beliau ditempat yang mulia di sisi Allah SWT ta'ala," kata pusat perubatan berkenaan dalam Facebook.
 

 
Sumber Facebook perubatandarussalam

Allahyarham yang berusia 72 tahun sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung dan strok ringan, serta jangkitan kuman di paru-paru.

Menurut Exco Penerangan Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia, Abdul Hadi Jusoh, veteran Pas itu dimasukkan ke wad sejak 26 April disebabkan keadaaan kesihatan yang agak lemah.

Allahyarham merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Sementara itu, laman Facebook Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia dibanjiri ucapan takziah daripada orang ramai yang berkongsi rasa sedih dengan pemergian Allahyarham.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut berkongi rasa sedih dengan pemergian Allahyarham Ismail.

Di akaun Twitternya, Azmin mendoakan agar Allahyarham  dikurniakan husnul khatimah dan diberikan ganjaran syurga Allah SWT. Al-Fatihah.





Tag: Ismail Kamus, meninggal dunia, tokoh pendakwah, Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.