Unit Tahfiz Al-Quran Al Barakah di Pusat Pendidikan Al Barakah di Manjoi di sini, akan bertukar nama kepada Pusat Pengajian Al-Ulya setelah unit itu diambil alih olehpengurusan baharu secara rasmi 1 Sept ini.
Persetujuan bagi pengambilalihan unit Tahfiz Al-Quran telah termeterai antara kedua-dua pihak dalam satu majlis kontrak penyerahan yang diadakan di pusat tersebut hari ini.
Pengasas dan Pengetua pusat berkenaan, Datuk Mohd Kazim Elias berkata selepas ini pengurusan baharu akan mengambil alih kemudahan, guru serta pelajar di unit tahfiz itu.
"Perjanjian yang ditandatangani termasuk mengenai pengambilalihan pelajar, pengurusan bangunan, perbelanjaan mengurus yang selepas ini di bawah tanggungan Pusat Pengajian Al-Ulya.
"Sementara bangunan itu masih hak milik Pusat Pendidikan Al Barakah, jadi kami membenarkan mereka menggunakannya (bangunan) selama tiga tahun (kontrak). Sekiranya bangunan itu dijaga dengan kita akan sambung (kontrak)," katanya.
BACA: 'Jika ini layanan kepada saya tak mengapalah...'
Pada Julai lalu, Mohd Kazim mengesahkan akan menjual unit tahfiz tersebut kerana mempunyai masalah kewangan.
Pusat Pendidikan Al-Barakah yang beroperasi pada 2006 mempunyai tiga unit iaitu Tahfiz Al-Quran, Pondok Pengajian Dewasa dan Tadika Nurul Barakah.
Mengulas lanjut, Mohd Kazim yang juga penceramah bebas berkata beliau yakin barisan pengurusan baharu dapat menguruskan unit tahfiz itu dengan baik yang mungkin memandangkan mereka mempunyai kelulusan tahfiz.
"Mereka (pengurusan baharu) lapisan anak-anak muda ini mempunyai semangat. Walaupun mereka baru menubuhkan Pusat Pengajian Al-Ulya tetapi sebenarnya mereka terdidik dengan hafazan Al-Quran serta mempunyai pendidikan yang bagus," katanya.
Menurut Mohd Kazim, selepas ini pihaknya akan menumpukan perhatian kepada penubuhan asal iaitu pengajian pondok yang mempunyai ratusan pelajar.
Sementara itu, Pengetua Pusat Pengajian Al-Ulya, Mohd Azhar Abd Latif berkata kemungkinan pihaknya akan melakukan sedikit pengubahsuaian terhadap silibus yang sedia ada bagi memberi peluang kepada pelajar menumpukan perhatian kepada hafazan Al-Quran.
"Tapi Insya-Allah pengajian akademik, pengajian asas agama itu kita akan teruskan," katanya.
Menurut Mohd Azhar, pihaknya juga akan memanggil ibu bapa pelajar Oktober ini untuk menerangkan keadaan semasa pusat pengajian itu selain menyerahkan surat setuju terima sekiranya masih mahukan anak-anak mereka meneruskan pengajian di sini untuk sesi tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 30 2018
MOHD KAZIM: Perjanjian yang ditandatangani termasuk mengenai pengambilalihan pelajar, pengurusan bangunan, perbelanjaan mengurus yang selepas ini di bawah tanggungan Pusat Pengajian Al-Ulya. -Gambar fail
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Ustaz Kazim masuk pejabat walaupun belum sihat
Ustaz Kazim yang baru keluar hospital petang semalam berkata, beliau rindu sangat dengan Al Barakah.
Ustaz Kazim serah sekolah tahfiz kepada pengurusan baharu
Persetujuan bagi pengambilalihan unit Tahfiz Al-Quran telah termeterai antara kedua-dua pihak dalam satu majlis kontrak penyerahan yang diadakan di pusat tersebut hari ini.
Unit Tahfiz Al-Quran Al Barakah tangguh untuk dijual
Mohd Kazim berkata kerajaan negeri serta beberapa pihak menyatakan kesudian untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pusat pendidikan tersebut.
Sabarlah, jangan buat andaian - Ustaz Kazim
Melalui Facebooknya, Mohd Kazim juga meminta orang ramai tidak membuat andaian sehingga menjadi fitnah.
Kompleks Al Barakah untuk dijual?
Pendedahan terkini itu mengejutkan banyak pihak memandangkan Kompleks Al Barakah sememangnya dikenali sebagai pusat pengajian Islam dan tahfiz Al-Quran terkemuka diusahakan Mohd Kazim.