COVID-19 yang tercetus di China pada awalnya kini semakin merebak ke seluruh dunia termasuk Malaysia sekali gus menyebabkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan penyakit tersebut sebagai wabak dunia.
Rakyat Malaysia turut merasai kesan penularan wabak tersebut malah gelisah terhadap kesihatan awam secara keseluruhannya.
Memandangkan kes wabak tersebut kian meningkat, kerajaan negara-negara yang dilanda COVID-19 telah mengisytiharkan perintah berkurung (lockdown) iaitu situasi di mana rakyat tidak digalak keluar rumah malahan acara-acara yang melibatkan perhimpunan orang ramai turut dibatalkan.
Rakyat negara ini turut akan menyaksikan tindakan-tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan dalam usaha mencegah wabak tersebut di Malaysia.
Namun, sejak Kabinet baharu diumumkan, ada pihak tertentu yang membangkitkan pelantikan Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai isu politik dalam kalangan rakyat, terutamanya melibatkan ahli UMNO.
Ada juga yang mempersoalkan dan bimbang apakah kerajaan baharu yang dibentuk oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin ini mampu mengurus pentadbiran negara dengan cekap, terutamanya dalam menghadapi kepincangan dan cabaran-cabaran yang dijangka tercetus dalam negara akibat perkembangan politik dan ekonomi yang tidak menentu di peringkat global.
Kegoyahan ekonomi dunia akibat kemerosotan harga minyak mentah akan memberikan kesan negatif terhadap ekonomi negara.
Kejatuhan harga minyak secara berterusan pasti mengakibatkan pendapatan negara turut menyusut.
Perlu diketahui bahawa Belanjawan 2020 yang diluluskan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada bulan Oktober tahun lalu menyandarkan hasil negara berasaskan unjuran harga minyak mentah pada AS62 Dollar setong.
Namun pada masa kini, harga minyak telah jatuh kepada AS30 Dollar setong (bulan Februari 2020).
Kejatuhan harga ini merupakan yang terburuk sejak Perang Teluk pada tahun 1991.
Kejatuhan hampir 50 peratus ini dijangka menimbulkan masalah besar kepada pertumbuhan ekonomi, sekali gus membantutkan pembangunan negara.
Tambahan pula, ancaman pandemik COVID-19 yang telah menular ke seluruh dunia baru-baru ini juga menimbulkan kebimbangan rakyat terhadap masa depan mereka.
Isu kerusi
Meskipun Kabinet telah terbentuk dan diharapkan memberi fokus serta perhatian kepada agenda pembangunan negara, ada pula segelintir rakyat mengungkit dan membangkitkan pengagihan kerusi jemaah menteri sebagai isu politik yang mampu menggelincir fokus kerajaan daripada landasan bagi merealisasikan agenda pembangunan negara.
Ada sesetengah pihak yang masih menzahirkan rasa tidak puas hati mereka termasuk kepada anggota parti UMNO sendiri, terhadap kuota pengagihan Kabinet.
Malah, ada juga pihak tertentu yang mendakwa bahawa komposisi Kabinet baharu ini lebih menggambarkan seolah-olah sebagai satu Kabinet Melayu berbanding Kabinet PH yang dibentuk oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tanggapan ini timbul kerana hampir 83 peratus iaitu 26 Ahli Kabinet di bawah PN terdiri daripada orang Melayu.
Kerajaan PN dilaporkan terbentuk hasil sokongan lebih daripada 114 Ahli Parlimen yang memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 mewakili pelbagai parti.
Antara Ahli Parlimen yang dilaporkan menyokong Muhyiddin adalah blok Barisan Nasional (BN) (39), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)(32), Pas (18), GPS (18), Gabungan Bersatu Sabah (4), MCA (2) dan MIC (1).
Daripada jumlah Ahli Parlimen atau blok yang menyokong Muhyiddin untuk membentuk kerajaan PN, jelas dilihat bahawa ahli-ahli daripada BN merupakan blok yang terbesar dalam gabungan ini.
Muhyiddin melantik 31 orang sebagai menteri dan 38 orang sebagai timbalan menteri daripada parti-parti atau blok yang berpakat membentuk kerajaan PN.
UMNO selaku blok terbesar diperuntukkan sebanyak sembilan jawatan menteri dan sembilan jawatan timbalan menteri berbanding Bersatu, blok kedua terbesar yang diperuntukkan 10 jawatan menteri dan 13 jawatan timbalan menteri.
Dalam pada itu, Pas pula diperuntukkan tiga jawatan menteri dan lima jawatan timbalan menteri, MCA diagihkan satu jawatan menteri dan 3 jawatan timbalan menteri manakala MIC dengan satu jawatan menteri sahaja.
Dari Malaysia Timur pula, GPS yang mewakili rakyat Sarawak diagihkan dengan empat jawatan menteri dan tujuh jawatan timbalan menteri, manakala Gabungan Bersatu Sabah pula diberikan dua jawatan menteri dan empat jawatan timbalan menteri.
Sementara itu, seorang menteri dari Sarawak dilantik sebagai menteri kanan dan seorang menteri dari Sabah diberikan amanah untuk mengetuai satu kementerian baharu iaitu Kementerian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak.
Untuk merungkai persoalan-persoalan yang timbul, rakyat perlu sedar bahawa Kabinet yang dibentuk oleh kerajaan PH adalah berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi oleh parti-parti yang bergabung dalam PH.
Sebagai contoh, PKR memenangi 49 kerusi dan DAP pula dengan 42 kerusi Parlimen pada PRU ke-14 yang menjadi teras kepada pembentukan kerajaan PH.
Justeru itu, sebahagian besar Ahli Kabinet yang dilantik adalah daripada PKR dan DAP dengan tidak ketinggalan pemimpin parti-parti utama dilantik sebagai menteri dalam kerajaan PH.
Sebaliknya, pemilihan Ahli Jemaah Menteri dalam kerajaan Muhyiddin dilihat bersifat kepartian dan pengalaman serta kebolehan individu yang dianggap mampu mengukuhkan pentadbiran kerajaan baharu.
Pendek kata, pemilihan Kabinet ini bersandarkan satu formula pintar kerana pelantikan anggota Kabinet bukanlah hanya berteraskan jawatan dalam parti politik semata-mata tetapi juga pengalaman, kepakaran dan pengetahuan dalam bidang tertentu supaya tanggungjawab yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan penuh integriti.
Masyarakat India pula dilihat kecewa dengan pelantikan Kabinet baharu kerana MIC, selaku parti tunggal yang mewakili kepentingan kaum India sejak Merdeka diperuntukkan hanya satu jawatan menteri berbanding empat jawatan menteri yang diperuntukkan oleh kerajaan PH.
Namun, perlu difahami, kerajaan PH mengagih jawatan menteri bersandarkan jumlah kerusi yang dikuasai parti politik dan bukan berteraskan kepada kaum atau etnik.
Meskipun menteri-menteri yang dilantik oleh kerajaan PH pada zahirnya empat menteri dan seorang timbalan menteri terdiri daripada keturunan India, namun dari segi realitinya mereka lebih mewakili parti yang disandang dan bukan kepentingan kaum India.
Justeru, pelantikan seorang menteri dan seorang timbalan menteri daripada keturunan India dalam kerajaan baharu diharap dapat benar-benar mewakili kepentingan dan aspirasai kaum India dalam kerajaan PN.
Pada masa yang sama, masyarakat India berharap menteri-menteri yang dilantik daripada lain-lain parti juga mengamalkan pendekatan inklusif dalam merealisasikan aspirasi semua kaum.
Apapun, rakyat pelbagai kaum berharap, ini bukan masa untuk membangkitkan soal kuota Kabinet yang diperuntukkan bagi sesuatu blok tertentu tetapi lebih menumpukan kepada agenda pembangunan negara dalam menjamin kesejahteraan rakyat berbilang kaum.
Sepanjang tempoh pentadbiran baharu ini, rakyat akan menilai prestasi kerajaan Muhyiddin sebelum membuat keputusan politik mereka pada PRU ke-15 yang akan tiba tidak lama lagi.
Persoalan utamanya, adakah kerajaan PN mampu memenangi hati dan minda rakyat pelbagai kaum sebelum PRU ke-15?
Hanya masa yang akan menentukannya.
* Datuk M. Periasamy merupakan seorang penganalisis politik, budaya dan tamadun India.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Datuk M Periasamy
Mon Mar 16 2020
Muhyiddin melantik 31 orang sebagai menteri dan 38 orang sebagai timbalan menteri daripada parti-parti atau blok yang berpakat membentuk kerajaan PN. - Gambar fail
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei
Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).