Perlis, Kedah dan Pulau Pinang akan mengalami hujan lebat, angin kencang dan laut bergelora berikutan bermulanya Monsun Barat Daya, sejak Selasa.
Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata Monsun Barat Daya akan lebih memberi cuaca kepada negeri-negeri berkenaan kerana keadaannya (geologi) yang agak terbuka daripada segi pengaruh angin.
"Monsun Barat Daya biasanya akan membawa angin dari sebelah barat negara kita. Bagaimanapun, ini berbeza dengan keadaan di pantai barat dan selatan tanah air yang dilindungi oleh Kepulauan Sumatera, Indonesia. Jadi kita yang berada di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor agak selamat," katanya kepada segmen Ekstra, program Ruang Bicara keluaran Bernama News Channel malam tadi.
Semalam dilapor, Jabatan Metereologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca waspada yang mana hujan lebat dijangka berlaku di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang bermula hari ini sehingga Rabu.
Dalam pada itu, mengulas mengenai kejadian puting beliung di Tanjung Tokong Pulau Pinang baru-baru ini, Mohd Hisham berkata ia disebabkan penumpuan angin kencang dari Lautan Hindi yang bergerak bukan sahaja ke utara Semenanjung tetapi juga di Selatan Thailand.
"Angin ini semestinya akan membawa banyak kelembapan tinggi dan ini boleh membawa hujan lebat di sesetengah tempat. Selain daripada hujan lebat, kita juga menjangkakan angin agak kuat ketika ini dan akan berterusan sehingga Khamis (9 Mei) ini," katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan agar semua penduduk di negeri-negeri terlibat sentiasa berwaspada dan berhati-hati dengan keadaan tersebut.
"Kita lebih risaukan keadaan angin kencang berbanding dengan hujan. Kita jangkakan hujan mungkin sekejap-sekejap dan akan lebat tetapi tidak berterusan.
"Namun, angin kencang pula lebih membahayakan dan mungkin boleh menerbangkan struktur-struktur yang tidak kukuh atau pokok-pokok tua boleh tumbang," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 07 2019
GAMBAR FAIL: Pemandangan awan gelap sempat dirakam di Masjid Zahir di Alor Setar sebelum hujan lebat. - BERNAM
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
Beratus dipindahkan susulan banjir di Australia
Perintah supaya berpindah dikekalkan di beberapa pekan selepas hujan lebat dan angin kencang yang menggemparkan komuniti di barat Sydney.
20 rumah rosak dibadai ribut
Kejadian berlaku ketika hujan renyai dan angin kencang hingga menyebabkan bumbung sebahagian rumah penduduk terjejas.
16 kereta, tiga rumah rosak ditimpa pokok akibat hujan lebat di KL
Dalam semua kejadian berkenaan tiada mangsa dilaporkan cedera.
Amaran angin kencang, laut bergelora di Laut China Selatan - MetMalaysia
Amaran dikeluarkan berdasarkan analisis model cuaca, luruan monsun dijangka berlaku pada 10 hingga 13 Februari.
Ribut Pia: Penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol dibatalkan pada Khamis
Ribut yang bergerak dari hujung Greenland ke arah Scotland itu dijangka membadai Belanda dan selatan Scandinavia.
Luruan monsun dijangka sehingga Isnin, hujan berterusan di timur Semenanjung
Ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga ke malam di negeri-negeri lain.
Hujan berterusan di Pantai Timur dan utara Semenanjung sehingga 22 Nov - MetMalaysia
Ia berdasarkan analisis model-model cuaca yang menjangkakan luaran monsun berlaku sehingga tempoh tersebut.
Banjir: Jumlah mangsa di Perak meningkat, berkurangan di Selangor malam ini
Situasi banjir di Selangor menunjukkan semakin pulih namun berbeza di Perak yang menyaksikan jumlah mangsa terus bertambah setakat 9 malam ini.
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri petang ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri hingga 5 petang ini.
Taufan Koinu bawa angin paling kencang pernah dicatat di Taiwan
Pada 9.40 malam Rabu, pulau itu merekodkan angin kencang 198.7 km/j, diikuti tiupan angin pada 9.53 malam yang mencapai 342.7 km/j.