Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka akan menutup operasinya selama dua hari pada Rabu dan Khamis depan (5 dan 6 Jun) bersempena dengan perayaan Aidilfitri.

UTC Melaka menerusi kenyataan hari ini memberitahu operasi UTC Melaka pada Selasa depan (4 Jun) adalah pada 8 pagi hingga 1 tengah hari.

"Operasi pada hari Jumaat hingga Ahad (7 hingga 9 Jun) adalah pada 8 pagi hingga 4.30 petang. UTC Melaka beroperasi seperti biasa pada hari Isnin (10 Jun) iaitu pada 8 pagi hingga 5 petang," kata kenyataan itu.

Orang ramai boleh menghubungi Bahagian Khidmat Pelanggan UTC Melaka di talian 06-3333333 untuk sebarang pertanyaan.

-- BERNAMA