awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemain biola AS saman Will Smith atas dakwaan gangguan seksual
Insiden Kampung Sungai Baru: Remaja lelaki mengaku bersalah cederakan bekas OCPD Dang Wangi
Polis terima laporan hantaran Facebook dipercayai fitnah ke atas Institusi Diraja Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UTM sahkan Pusat Penyelidikan Ibnu Sina ditutup sementara

Bernama
Bernama
01/08/2019
05:43 MYT
UTM sahkan Pusat Penyelidikan Ibnu Sina ditutup sementara
UTM menjangkakan akan dapat memenuhi keperluan yang ditetapkan dan membuka semula pusat penyelidikan tersebut September ini tertakluk kepada kelulusan dari JKKP Johor. - Gambar fail
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hari ini mengesahkan Pusat Penyelidikan Ibnu Sina di sini ditutup sementara selepas diarahkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor.
Menerusi satu kenyataan di sini, UTM berkata pihaknya memandang serius tentang perkara itu dan bertanggungjawab menyedia, mewujud dan menyelenggara persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk seluruh warga UTM dan semua pihak yang berurusan dengan UTM.
"UTM akur dengan teguran JKKP Johor dalam memastikan pematuhan terhadap Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
"Pusat Penyelidikan terbabit telah ditutup sementara waktu bagi memberi ruang kepada usaha penambahbaikan seperti yang dikehendaki," kata universiti itu.
Pihak universiti menjangkakan akan dapat memenuhi keperluan yang ditetapkan dan membuka semula pusat penyelidikan tersebut September ini tertakluk kepada kelulusan dari JKKP Johor.
Bagaimanapun, tidak dimaklumkan bila pusat itu diarahkan tutup.
Semalam, sebuah laporan portal melaporkan pusat penyelidikan itu diarahkan tutup kerana didapati tidak memenuhi piawaian keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan
#JKKP Johor
#keselamatan
#kesihatan
#laporan portal
#penambahbaikan
#persekitaran kerja
#Pusat Penyelidikan Ibnu Sina
#teguran
#tidak memenuhi piawaian
#tutup
#universiti
#UTM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan