SELAMA ini, Khusnul Khotimoh yang berasal dari Surabaya, Jawa Timur hanya mampu mendengar suara dan menyimpan keinginan untuk bertemu idolanya, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.
Namun semua itu hanya sekadar angan-angan buatnya kerana dalam keadaan diri serba kekurangan, apa kudrat yang ada padanya untuk mendapat cita-cita itu.
Bagaimanapun, keinginan menggunung Khusnul Khotimah yang juga seorang pengidap penyakit polio termakbul apabila penyanyi lagu Anta Permana itu berdiri di depan matanya.
Dalam satu program bual bicara Hitam Putih terbitan stesen televisyen Trans 7, Indonesia pada Selasa,
Khusnul dikejutkan dengan kehadiran penyanyi yang disifatkan menjadi inspirasi buatnya untuk meneruskan kehidupan.
Dan apabila bertentang mata dengan Siti Nurhaliza, tiada apa yang mampu dilafazkan Khusnul selain hanya terdengar suara tangisan kegembiraan.
Berkali-kali dia memeluk dan mengucup tangan Siti Nurhaliza sambal diringi tangisan yang panjang.
Sebelum kehadiran penghibur yang juga buah hati kesayangan Malaysia dan Indonesia itu, Khusnul yang ditemu bual pengacara program berkenaan, Deddy Corbuzier dan dua lagi pengacara lain, mendedahkan, sudah terlalu lama dia menyimpan keinginan untuk mengucapkan terima kasih kepada Siti Nurhaliza.
“Terima kasih buat beliau (Siti Nurhaliza) kerana menjadi penyemangat hidup saya. Mendengar suara beliau sahaja sudah memberi semangat buat saya,” kata Khusnul.
Rakaman saat-saat sedih pertemuan Khusnul dengan Siti Nurhaliza dapat ditonton dalam video berdurasi 12.59 di saluran YouTube Trans7 Official.
Sedutan video itu juga dapat ditonton di laman Instagram Siti Nurhaliza @ctdk atau Instagram pengurusnya, Rozi Abdul Razak @rozisangdewi.
Siti Nurhaliza yang baru saja meraikan ulang tahun kelahiran ke-40 pada 11 Januari lalu mengadakan kunjungan singkat ke Jakarta bagi mempromosikan konsert solo beliau yang akan diadakan di Istora Senayan, Jakarta pada 21 Februari ini.
Saharudin Musthafa
Tue Jan 29 2019
KHUSNUL KHOTIMOH tidak dapat menyembunyikan kegembiraan apabila ditemukan dengan Siti Nurhaliza dalam program Hitam Putih terbitan stesen televisyen Trans 7, Indonesia pada Selasa.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
COVID-19: '7 Nasihat' Siti Nurhaliza kepada peminat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan
Pelantun lagu 'Anta Permana' itu menggunakan tajuk single terbaharu beliau "7 Nasihat" sebagai memberikan panduan kepada pengikutnya.
"Terima kasih semua" - Siti Nurhaliza terharu pengikut di Instagram berjumlah tujuh juta orang
Kekal sebagai artis paling berpengaruh di Malaysia.
Siti Nurhaliza teruja untuk beraksi di Adelaide
Undangan mengadakan konsert di Adelaide, Australia dianggap satu penghormatan buat Siti Nuhaliza.
Siti Nurhaliza tamatkan kayuhan 72km, di tempat ke-22
Penyanyi kesayangan ramai, Datuk Siti Nurhaliza hari ini mencuri tumpuan ramai apabila turut menyertai program berbasikal Kayuhan Langkawi RHB di Dataran Marmar, Langkawi, pagi ini.
Siti Nurhaliza, Sitizoners dan zon selesa
Mantera apakah yang telah dijampi hingga membuatkan 10,000 peminat seolah terpukau disihir vokal emas penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza?
Siti Nurhaliza ulangi magis dua dekad
Konsert jelajah pada malam itu boleh disifatkan sebagai retrospektif lebih dua dekad penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu.
"Tolong jangan tertipu!" - nasihat Siti Nurhaliza buat peminat
Peminat kongsi pengalaman mereka bahawa telah memasukkan wang untuk membeli tiket tersebut dan kemudian baru menyedari diri ditipu.
Jelajah Siti Nurhaliza on Tour bermula di Jakarta
Kira-kira 3,000 peminat dari dalam dan luar republik itu tidak ketinggalan untuk menyaksikan Konsert Siti Nurhaliza on Tour di Istora Senayan Jakarta.
Video air mata: Pesakit polio sebak bertemu Siti Nurhaliza
Selama ini, Khusnul Khotimoh hanya mampu mendengar suara penyanyi pujaannya sahaja.
Siti Aafiyah satu tanggungjawab buat Siti Nurhaliza
11 Januari 1979 merupakan satu tarikh keramat buat seorang individu yang begitu diminati oleh setiap lapisan umur dan juga masyarakat Malaysia