awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video bicara Najib tular: Serah kepada hakim ambil tindakan - Liew

Radhi Muslim
Radhi Muslim
20/04/2019
14:04 MYT
Video bicara Najib tular: Serah kepada hakim ambil tindakan - Liew
Tindakan yang boleh diambil ke atas pelaku yang melanggar etika mahkamah tidak sampai ke tahap pelaksanaan hukuman penjara atau denda. - Gambar hiasan
Perbuatan menyerahkan video rakaman perbicaraan mahkamah dan memuatnaiknya ke laman sosial merupakan satu perbuatan yang melanggar etika mahkamah.
Demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Datuk Liew Vui Keong mengulas penyebaran video perbicaraan kes melibatkan bekas perdana menteri yang tular pada Jumaat.
Katanya, video itu memang boleh diminta oleh pihak peguam bela tetapi ia tidak seharusnya diserahkan kepada pihak ketiga.
Menurut Liew, peguam bela boleh mendapatkan rakaman kes Datuk Seri Najib Razak itu untuk rujukan mereka dalam mendengar semula soalan dan jawapan perbicaraan.
"Tetapi, pihak peguam bela yang menyimpannya tidak dibenarkan menyerahkan video itu kepada pihak ketiga. Ia juga tidak wajar dimuatnaik ke laman sosial.
"Justeru, kami menyerahkan kepada hakim untuk mengambil tindakan lanjut berkaitan hal berkenaan," katanya pada sidang media di Pejabat Perkhidmatan Parlimen Batu Sapi, di sini hari ini.
Namun, menurut Liew, tindakan yang boleh diambil ke atas pelaku tidak sampai ke tahap pelaksanaan hukuman penjara atau denda.
"Ia cuma melanggar etika mahkamah. Terserah kepada hakim menentukan tindakan yang perlu diambil," jelasnya.
Topic Berkaitan
#hakim
#laman sosial
#Liew Vui Keong
#mahkamah
#melanggar etika
#Najib Razak
#peguam bela
#perbicaraan
#pihak ketiga
#rakaman
#tindakan
#undang-undang
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan