awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video intim: Anwar terkejut Setiausaha Politiknya ditahan polis

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
17/07/2019
07:43 MYT
Video intim: Anwar terkejut Setiausaha Politiknya ditahan polis
Anwar Ibrahim terkejut dengan penahanan Setiausaha Politiknya bagi membantu siasatan kes video intim. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terkejut dengan penahanan Setiausaha Politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak bagi membantu siasatan kes video intim.
"Saya terkejut dan tidak tahu mengapa," katanya dalam sidang media di Parlimen pada Rabu.
Farhash yang juga Pengerusi PKR Perak bersama dua rakannya ditahan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di sebuah rumah teres di Pasir Gudang, Johor.
Polis pada Selasa menahan tiga individu bagi membantu siasatan kes video intim membabitkan bekas Ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan seorang ahli politik.
Tangkapan dilakukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman itu dibuat jam 2.30 petang tadi sekitar Pasir Gudang, Johor.
Polis sebelum ini menahan Haziq dan lima yang lain dalam operasi sekitar Lembah Klang.
“Penahanan pegawai termasuk Ketua Keadilan Perak dan beberapa lain saya tiada maklumat, saya serah pada polis untuk siasat dengan telus. Siasatan itu perlu menyeluruh kesahihan dan siapa merencana,” ujar Anwar lagi.
Topic Berkaitan
#Anwar terkejut Setiausaha Politiknya ditahan polis
#Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak
#PKR
#video intim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan