Video intim: Haziq Abdullah digantung kerja serta-merta

Video intim: Haziq Abdullah digantung kerja serta-merta
Tugas Haziq digantung berkuatkuasa serta-merta, kata Shamsul Iskandar Md Akin. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Haziq Abdullah Abdul Aziz yang secara terbuka mendakwa dirinya terlibat dalam video intim bersama seorang individu mirip menteri Kabinet telah digantung tugasnya sebagai setiausaha sulit kanan kepada seorang timbalan menteri berkuat kuasa serta-merta,

Surat tunjuk sebab kepada Haziq juga, kata Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin telah dikeluarkan dan dia diminta menjawabnya dalam tempoh tiga hari bermula 12 Jun lalu.



“Kementerian tidak teragak-agak untuk menamatkan kontrak perkhidmatan beliau secara serta-merta jika tiada sebarang maklum balas diterima dalam tempoh yang diberikan,” katanya dalam sidang media di pejabatnya pada Khami

Dalam pada itu, Shamsul juga tidak menolak kemungkinan akan membatalkan perkhidmatan Haziq sekiranya lelaki itu tidak menjawab surat tunjuk sebab yang telah dikeluarkan.

"Kalau tidak dijawab (surat tunjuk sebab) kita akan ikut prosedur pentabiran untuk terminate (batal perkhidmatan) dia, sebab tiada jawapan kerana statusnya sebagai kontrak," tambah Shamsul.





Tag: Haziq Abdullah digantung kerja serta-merta, video intim, setiausaha sulit kanan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.