Video intim Haziq tulen - Ketua Polis Negara

Video intim Haziq tulen - Ketua Polis Negara
Menurut Abdul Hamid, CyberSecurity Malaysia sahkan video intim Haziq itu tulen.
KUALA LUMPUR: Video intim yang melibatkan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan pasangan lelaki  mirip seorang menteri kanan disahkan tulen.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, sekalipun tulen, namun tiada pengesahan siapakah pelaku-pelaku dalam video berkenaan.

Menurut Abdul Hamid, pengesahan ketulenan video itu dibuat oleh pihak CyberSecurity Malaysia.
"Mereka (Cybersecurity) kata tulen tetapi tidak dapat mengesahkan siapa pelaku-pelaku dalam tu (video).

"Saya sebagai Ketua Polis Negara tidak boleh memandai-mandai... perkara itu akan menjadi subjek dalam perbicaraan sekiranya ia dibawa ke muka pengadilan," kata Abdul Hamid.

Beliau berkata demikian ketika diwawancara dalam program Bicara Politikonomi: Cabaran PDRM bersama stesen televisyen RTM pada Rabu malam.

CyberSecurity Malaysia merupakan pusat kepakaran keselamatan siber nasional yang turut menyediakan bantuan penyiasatan forensik yang menyeluruh.

Isu video intim menjadi perhatian selepas Haziq yang juga bekas Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin membuat pengakuan dia merupakan individu dalam sebuah klip video seks bersama seorang lelaki mirip menteri Kabinet.

Tag: Video intim Haziq tulen, Haziq, CyberSecurity, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.