Tutup

Video limpahan air empangan, TNB nafi tiga berita palsu

Video limpahan air empangan, TNB nafi tiga berita palsu
Penafian itu dibuat pihak TNB bagi menjernihkan keadaan daripada penyebaran ketiga-tiga berita palsu terbabit di media sosial termasuk aplikasi Whatsapp. -Foto JIMIN LAI / AFP
KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Isnin menafikan sekeras-kerasnya tiga dakwaan yang dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab berhubung limpahan air di beberapa empangan kendaliannya.

Penafian itu dibuat pihak TNB bagi menjernihkan keadaan daripada penyebaran ketiga-tiga berita palsu terbabit di media sosial termasuk aplikasi WhatsApp.
Pada Isnin, tular di media sosial tiga dakwaan termasuk dua video berhubung limpahan air empangan yang kononnya berlaku di Kenyir, Terengganu, Cameron Highlands di Pahang dan juga Empangan Projas.

 

 

 

Jelas TNB, perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut telah mengelirukan orang ramai sehingga boleh menimbulkan situasi panik dalam kalangan masyarakat.
Tambah TNB, sehingga kini, air yang dikeluarkan untuk tujuan penjanaan kuasa di empangannya adalah terkawal.

TNB juga menegaskan pihaknya telah membuat persiapan awal untuk menghadapi musim tengkujuh dengan menurunkan paras air empangan serta menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan.

Oleh itu, TNB menasihatkan orang ramai supaya memastikan kesahihan sebarang berita sebelum berkongsi di media sosial.


Tag: TNB, WhatsApp, tular, Cameron Highlands, Pahang, Media, video, media sosial, air, Tenaga Nasional Berhad



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.