Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin penularan video seks kontroversi yang dikaitkan dengannya dilakukan oleh pihak dalaman parti.
"Saya yakin... saya yakin," jawabnya kepada pemberita ketika ditanya mengenai keyakinannya bahawa dalang yang tularkan video itu adalah anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri.
Beliau ditemui pada majlis menandatangani perjanjian hak pembangunan antara Konsortium PCSB-MGB dengan Must Ehsan Development Sdn Bhd di Dewan Jubli Perak, di sini hari ini.
Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR itu juga yakin penularan video kontroversi itu merupakan agenda politik pihak tertentu yang bertujuan mahu menyekat kemaraan dan prestasinya dalam kerajaan serta bidang politik.
"Saya yakin, umum akan dapat melihat siapakah dalang dalam hal ini. Biar polis jalankan siasatan. Saya rasa tidak adil sekiranya (ada) individu (tertentu) membuat kenyataan yang boleh mengganggu siasatan.
"Biarlah rakyat buat hukuman atas perkara ini dan sekarang terbukti, semakin kuat persepsi (yang) membayangkan pihak terlibat dalam konspirasi serta tohmahan ini," katanya.
Mohamed Azmin turut menegaskan beliau akan memberikan keutamaan dan kerjasama penuh kepada polis untuk menyiasat penularan video seks kontroversi itu malah menyifatkan dakwaan yang dikaitkan dengannya sebagai kejam serta jahat.
Ditanya mengenai ada pihak mencadangkan beliau membuat sumpah laknat bagi menafikan kaitannya dengan video tersebut, Mohamed Azmin memberitahu sebarang tindakan yang diambilnya adalah berdasarkan kepada nasihat serta pandangan peguamnya.
"Sebab itu saya buat laporan qazaf dan ada proses-prosesnya (untuk membuat sumpah laknat) dan biarlah proses itu berjalan. Kita harus benarkan siasatan (oleh polis) terus dijalankan.
"Kita juga tidak harus mengganggu proses-proses itu dengan kenyataan dan tekanan kepada pihak yang bertanggungjawab dalam menjalankan siasatan," katanya.
Dalam pada itu, ditanya pula mengenai laporan media Australia mengatakan video kontroversi itu tidak diubah secara digital, Mohamed Azmin berkata adalah tidak adil mana-mana pihak membuat sebarang kenyataan kerana siasatan mengenainya sedang dijalankan berdasarkan laporan yang dibuat.
Katanya, sekiranya ada pihak tidak bertanggungjawab masih mahu membuat kenyataan seumpama itu, ia hanya dilihat sebagai mengganggu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 18 2019
AZMIN: Kita juga tidak harus mengganggu proses-proses itu dengan kenyataan dan tekanan kepada pihak yang bertanggungjawab dalam menjalankan siasatan.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Penganjur konsert kontroversi di Kedah tampil mohon maaf
Faris Azrii berkata, isu tersebut yang berlaku pada malam Nisfu Syaaban adalah atas kesilapan pihaknya.
Fokus kepada solidariti bukan perkara kontroversi - Mohd Na'im
Kontroversi laungan 'takbir' tidak seharusnya menenggelamkan agenda utama Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Stadium Axiata Arena malam ini.
Mursyidul Am Pas nasihatkan Sanusi jaga ucapan
Hashim berkata, Sanusi perlu memastikan apa yang diucapkan tidak menyentuh sensitiviti berkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R) hingga menimbulkan kontroversi.
Anak PM Jepun letak jawatan selaku setiausaha eksekutif ekoran kritikan
Fumio Kishida, akan meletak jawatan selaku setiausaha eksekutif kepada bapanya pada 1 Jun, ekoran kritikan berterusan kerana mengadakan parti di kediaman rasmi perdana menteri.
Penduduk Paris akan mengundi sama ada haramkan skuter elektrik sewa
Penduduk Paris akan mengundi pada April untuk sama ada mengharamkan penyewaan skuter elektrik ekoran pertikaian yang berlaku.
Piala Dunia Qatar: Saya cakap bila saya mahu - Cristiano Ronaldo
Semangat Cristiano Ronaldo kini berkobar-kobar berikutan berjuta-juta orang memandang tinggi kepadanya menjelang Piala Dunia Qatar 2022 selepas wawancara kontroversinya dengan Piers Morgan disiarkan.
Menteri Ekonomi Jepun letak jawatan susulan skandal
Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida memberitahu bahawa pengganti Yamagiwa akan diumumkan pada Selasa.
"Cukuplah glamor, saya malu dengan anak-anak" - Aliff Syukri mahu jaga maruah, enggan cetus kontroversi lagi
Jika terus khayal dengan glamor, Aliff Syukri bimbang dilabel orang tua tidak sedar diri!
'Saya tak melarikan diri' - Presiden FAM
"Saya tak nak jawab hari ini, saya akan jawab pada Jumaat. Saya mahu berita mengenai perkara ini dilaporkan."
Saya cuba sebar kasih sayang, kenapa masih ada prasangka buruk? - Ebit Lew
Ebit tidak kisah dengan kejian atau tuduhan tidak berasas mana-mana pihak, namun sedih apabila ia turut membabitkan ramai pihak lain.