Sebanyak 14 vendor bumiputera dinobat Jaguh Nasional dan Jaguh Serantau di bawah Program Pembangunan Vendor Kementerian Pembangunan Usahawan (PPV MED) sempena penganjuran Program Perkongsian Inovasi Vendor (VIPP).
Selain trofi dan sijil penghargaan, jaguh-jaguh vendor turut dianugerahkan insentif program pembangunan kapasiti yang berprestij dan berimpak tinggi iaitu Kaizen Japan Study Tour bernilai RM94,000 bagi setiap syarikat yang diberi pengiktirafan.
Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, kementeriannya amat komited dalam meneruskan pelaksanaan usaha penambahbaikan bagi memastikan usahawan tempatan terutama vendor Bumiputera.
Jelasnya, ia akan diperkasakan melalui program pembangunan kapasiti termasuklah program berkaitan teknologi, inovasi serta akses pasaran.
"MED akan sentiasa memantau dan memastikan penambahbaikan program ini pada tahun hadapan.
"Kita akan bawa lagi jaringan mungkin dari luar negara, mungkin juga dari institusi tempatan yang memfokuskan inovasi dan sebagainya untuk sama-sama memadankan kita sebagai usahawan dan sebagai pencipta.
"Sokongan saya hargai untuk penaja Celcom dan syarikat-syarikat lain," katanya semasa berucap pada Majlis Malam Apresiasi sempena penganjuran VIPP di sini, pada Rabu.
Turut hadir Ketua Setiausaha MED, Datuk Wan Suraya Wan Radzi Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Celcom Axiata Berhad selaku rakan strategik VIPP, Azlan Zainal Abidin.
Pemilihan Jaguh Nasional dan Serantau dibuat selepas pelbagai penilaian prestasi syarikat diambil kira serta pencapaian dalam sektor antaranya automotif, telekomunikasi hartanah dan perladangan serta telekomunikasi.
Pada majlis sama, MED juga menjalinkan kerjasama strategik dengan termeterainya acara penyerahan Surat Akuan kepada Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) bagi program Internationalisation of SME Products.
Selain itu, Tenggara Nasa Sdn. Bhd. turut diumum sebagai anchor baharu PPV selain turut diadakan Memorandum Persefahaman (MoU) antara MED dan Malaysia Airlines Berhad.
Penganjuran VIPP merupakan manifestasi MED dalam memperluaskan ekosistem PPV MED melalui akses pembiayaan konvensional dan alternatif, peningkatan produk secara rentas sektor serta memperkukuhkan rantaian bekalan menerusi dasar carve out kepada Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dalam perolehan Kerajaan.
Ia usaha pengukuhan jalinan kerjasama dan penyertaan usahawan PKS adalah komponen penting di bawah Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030 serta pemangkin hala tuju sebagai negara keusahawanan unggul menjelang 2030.
Bagi tahun 2018, sebanyak 1,094 syarikat vendor berjaya mencapai nilai perolehan sebanyak RM5.312billion.
Penganjuran VIPP selama dua hari menyaksikan enam syarikat anchor berpotensi iaitu PLUS Malaysia, Cement Industries - CIMA, UEM Sunrise, UEM Edgenta, Foresight Industries dan Tenggara Nasa telah dikenalpasti.
Syarikat-syarikat ini akan memuktamadkan proses perlantikan pada hujung tahun ini dengan sasaran sebanyak 80 syarikat vendor baharu untuk dibangunkan.
Astro Awani
Wed Nov 13 2019
Sebanyak 14 vendor bumiputera dinobat Jaguh Nasional dan Jaguh Serantau di bawah Program Pembangunan Vendor Kementerian Pembangunan Usahawan (PPV MED) sempena penganjuran Program Perkongsian Inovasi Vendor (VIPP). Foto: Astro AWANI
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
KEB 2024 perlihat agenda perkasakan ekonomi bumiputera tanpa pinggirkan kaum lain
Memberi jaminan bahawa kepentingan kaum lain turut diberi perhatian, Ahmad Zahid berkata mereka juga diberi pelbagai bantuan kerajaan.
PN adalah parti masa depan untuk Malaysia - Muhyiddin
Dasar yang mereka bawa adalah sesuai dengan jati diri dan identiti Malaysia sebagai sebuah negara majmuk dengan masyarakat Bumiputera sebagai penduduk majoriti.
Yakin Kerajaan Perpaduan komited bantu Bumiputera Sabah - Hajiji Noor
Sabah mempunyai aspirasi tinggi bersama rakyat Malaysia menikmati kemakmuran dan kemajuan ekonomi negara.
Kerajaan tidak pertahan badan agensi curang, terlibat projek tidak manfaat Bumiputera
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Madani tidak akan mempertahan mana-mana badan agensi Kerajaan yang curang.
Kerajaan Sarawak tekad hapus isu kemiskinan rakyat
Kerajaan Sarawak nekad meningkatkan sosio ekonomi serta menghapuskan kemiskinan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang.
Tabung pecutan transformasi bumiputera bantu lonjak syarikat ke tahap tinggi
Tabung itu antara cadangan dikemukakan 970 peserta sepanjang sesi libat urus kumpulan Daya Saing Perusahaan Bumiputera sempena KEB.
Syor penubuhan Pusat Kajian Pembangunan Bumiputera
Pusat itu bertujuan membangunkan pangkalan data Bumiputera, menjalankan kajian, mewujudkan pelantar perbincangan dan advokasi polisi.
'Kongres Ekonomi Bumiputera tidak harus dipolemik' - Asyraf Wajdi
Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) tidak harus dilihat sebagai salah satu langkah untuk menafikan hak bukan bumiputera.
Perkara 153: Tak perlu bincang, sedia ada dalam Perlembagaan - PM Anwar
Beliau menjelaskan, tindakan itu termasuk Perkara 153 melibatkan kedudukan istimewa orang Melayu serta kaum bumiptera di Sabah dan Sarawak.
Pertumbuhan baharu Bumiputera perlu dikenal pasti - PM Anwar
Kerajaan MADANI bertekad untuk memperkukuh agenda Bumiputera yang akan memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat, bukan hanya kumpulan tertentu sahaja.