Sebuah pasaraya di daerah ini melupuskan 63.8 kilogram cili kering untuk mengembalikan semula keyakinan pengguna, susulan penyebaran gambar tikus dalam longgokan cili kering di pasar raya itu dalam laman sosial pada Isnin lalu.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu, Azlan Abd Samat berkata lima petugas KPDNKK telah pergi ke pasaraya itu untuk memastikan kesahihan viral tersebut.
"Pihak pengurusan pasar raya itu memaklumkan telah melupuskan semua 63.8 kilogram stok cili kering yang masih berbaki.
"Pihak pengurusan juga memaklumkan mereka telah menukar kaedah penjualan cili kering dengan membungkusnya dalam bungkusan kecil dan tidak lagi secara terbuka di dalam kotak yang besar seperti sebelum ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2016 yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Nawi Mohamad di sini pada Rabu.
Azlan berkata pihaknya tidak boleh mengambil tindakan seperti mengenakan kompaun atau denda kerana ia di bawah penguatkuasaan Jabatan Kesihatan.
"Oleh itu, KPDNKK akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan selepas ini untuk melakukan pemeriksaan lebih kerap melibatkan kebersihan bahagian makanan di pasar raya," katanya. - Bernama
Bernama
Thu Oct 20 2016
Sebuah pasaraya melupuskan 63.8 kilogram cili kering untuk mengembalikan semula keyakinan pengguna, susulan penyebaran gambar tikus dalam longgokan cili kering di pasar raya itu. - Gambar fail
KL City dalam kumpulan maut Kejuaraan Kelab Asia Tenggara
Kuala Lumpur City FC berada dalam 'kumpulan maut' apabila diundi dalam Kumpulan B bersama juara Liga Thailand 2022/2023, Buriram United FC, pada Kejuaraan Kelab Asia Tenggara 2024/2025.
Thailand ambil langkah lebih tegas terhadap penggunaan kanabis
Srettha Thavisin berkata bahawa masalah dadah adalah agenda nasional yang memerlukan kerjasama semua agensi untuk membanterasnya.
Malaysia tidak sokong kegiatan, pembiayaan kumpulan pengganas
KDN memahami kebimbangan disuarakan AS berhubung dakwaan wujudnya aktiviti penyaluran dana kepada kumpulan pengganas di negara ini.
'Jawatan TPM dari Sabah, kita tunggu PRU16 nanti' - Ahmad Zahid
Jawatan Timbalan Perdana Menteri yang diberikan kepada Datuk Seri Fadillah Yusof bukan sahaja mewakili Sarawak tetapi portfolio itu adalah untuk mengkordinasikan semua program di Sabah.
Tiga ahli Geng Bacin direman tujuh hari bantu siasatan samun tiga kedai
Tiga anggota Geng Bacin direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan tiga kes rompakan sekitar Melaka Tengah pada Isnin dan Selasa lepas.
AWANI Ringkas: MFL umum Piala Sumbangsih dibatalkan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kementerian Komunikasi kerjasama dengan Meta bangunkan WhatsApp Chatbot, perangi berita palsu
Kemudahan itu berperanan sebagai platform bagi semakan kesahihan fakta dan maklumat oleh pengguna terhadap sebarang mesej yang disebarkan.
Pemerkasaan bahasa Melayu, Inggeris perlu seiring - Fadhlina
Pemerkasaan Bahasa Melayu harus seiring dengan pengukuhan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua agar kedua-duanya tidak dipinggirkan.
Prasarana diarah buat kajian kawasan jajaran rel berisiko pokok tumbang
MOT mengarahkan Prasarana supaya menjalankan kajian mendalam kawasan berisiko berlakunya insiden pokok tumbang di sepanjang laluan rel.
Bekas pegawai Ahli Parlimen Merbok didenda RM45,000 buat tuntutan palsu
Bekas Pegawai Tugas-Tugas Khas Ahli Parlimen Merbok dijatuhkan hukuman denda RM45,000 di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bagi projek baik pulih rumah pada 2020.
'Tiga barang RM10' - Kedai Wan Tarmizi jadi popular
Walaupun untung sedikit namun itu cara Wan Mohd Tarmizi membantu orang ramai mendapatkan barang keperluan pada harga yang memuaskan hati.
Viral gambar tikus: Pasaraya lupuskan 63.8 kg cili kering
Sebuah pasaraya di daerah ini melupuskan 63.8 kilogram cili kering untuk mengembalikan semula keyakinan pengguna, susulan penyebaran gambar tikus dalam longgokan cili kering di pasar raya itu dalam la