awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Viral wanita ditelan ular sawa di Taiping tidak benar - Bomba Perak

Bernama
Bernama
13/05/2016
14:08 MYT
Viral wanita ditelan ular sawa di Taiping tidak benar - Bomba Perak
Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak hari ini menafikan berita yang menjadi viral di laman sosial bahawa seorang wanita ditelan ular sawa di Taiping. -Gambar hiasan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak hari ini menafikan berita yang menjadi viral di laman sosial bahawa seorang wanita ditelan ular sawa di Taiping.
Pengarahnya Datuk Yahya Madis berkata perkara itu adalah tidak benar dan pihaknya tidak pernah menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu.
"Mesej mengenai ular sawa telan manusia di Jalan Aulong, Taiping tersebut adalah palsu yang pernah diviralkan dahulu dan kini disebarkan semula," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Selain memaparkan gambar seekor ular sawa yang ditangkap pihak bomba, viral tersebut menyatakan reptilia itu diserah kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negera (Perhilitan) Perak.
Topic Berkaitan
#berita palsu
#panggilan kecemasan
#viral di laman sosial
#wanita ditelan ular sawa
#Yahya Madis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan