awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Visa bekerjasama dengan PLUS permudahkan bayaran tol

Bernama
Bernama
26/11/2018
20:48 MYT
Visa bekerjasama dengan PLUS permudahkan bayaran tol
RFID PLUS mempunyai sistem pembayaran terbuka yang menawarkan fleksibiliti dan kebebasan kepada pemandu Malaysia. - Gambar hiasan
Firma teknologi pembayaran global, Visa telah bekerjasama dengan PLUS Malaysia Bhd bagi merintis program RFID PLUS (teknologi pengecaman menggunakan frekuensi radio), untuk memodenkan pembayaran tol di Malaysia.
Visa dalam satu kenyataan berkata, firma itu akan berkongsi kepakaran teknologi dan pengetahuan dalam pembayaran tanpa sentuhan, ia akan menawarkan satu sistem pembayaran terbuka di Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) dan Plaza Tol Jitra mulai 15 Dis 2018.
"RFID PLUS mempunyai sistem pembayaran terbuka yang menawarkan fleksibiliti dan kebebasan kepada pemandu Malaysia untuk membayar tol melalui kad kredit dan debit.
"Akhirnya, PLUS berharap ini akan dapat mengurangkan kesesakan di plaza tol dengan mengurangkan kelewatan akibat baki yang mencukupi atau kegagalan untuk tambah semula.
"Alat teg RFID PLUS, yang menghubungkan secara terus kepada akaun kad kredit atau debit pemandu, akan diberi percuma kepada para pemandu Malaysia yang menyertai program perintis awam di Jambatan Pulau Pinang, BKE dan Jitra mulai 15 Dis ini," katanya.
Pengurus Visa Negara Malaysia, Ng Kong Boon berkata program ini adalah alternatif bagi pemandu yang mahu membayar tol dengan menggunakan kad kredit Visa, debit atau prabayar, dan ia adalah satu inisiatif yang mengujakan bagi memperluaskan jejak penerimaan Visa di Malaysia.
"Kami akan bekerjasama dengan PLUS untuk memastikan bahawa proses tersebut akan memudahkan pengguna yang mahu memakai kad Visa mereka sebagai kaedah utama pembayaran.
"Kami berharap untuk mengubah pengalaman transit pemilik kenderaan kerana ia juga memberikan satu peluang kemudahan kepada pemandu antarabangsa di Malaysia untuk membayar menggunakan kad Visa mereka pada masa akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#baki
#BKE
#frekuensi radio
#Jambatan Pulau Pinang
#kad debit
#kad kredit
#kad visa
#kesesakan
#lebuh raya
#moden
#Ng Kong Boon
#pemandu
#pembayaran tanpa sentuhan
#pembayaran terbuka
#pengecaman
#Plaza Tol Jitra
#PLUS
#RFID PLUS
#teknologi
#tol
#Visa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan