awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sanusi tolak Pengerusi PN, cadang Ahmad Samsuri
Prasarana rekod 1.54 juta perjalanan penumpang sempena ambang Tahun Baharu
MINDEF tidak lindungi rasuah namun tolak tuduhan tanpa bukti - Mohamed Khaled
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vivian Wong angkat sumpah sebagai MP Sandakan

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
01/07/2019
02:13 MYT
Vivian Wong angkat sumpah sebagai MP Sandakan
Vivian Wong Shir Yee hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Sandakan. - Astro AWANI/Shahir Omar
Vivian Wong Shir Yee hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Sandakan selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan pada 11 Mei lalu.
Anak kepada mendiang Datuk Stephen Wong Tien Fatt itu mengangkat sumpah di hadapan Yang DiPertuan Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof pada hari pertama Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Parlimen Ke-14.
Beliau yang memakai baju kurung suit serba hitam itu mengangkat sumpah dengan disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta jemaah menteri dan ahli-ahli Parlimen yang lain.
Pada PRK tersebut, beliau menerima 16,012 undi, jauh meninggalkan empat lagi pencabarnya, dengan majoriti 11,521 undi.
Bukan sahaja meminggirkan empat calon lain, beliau turut menewaskan majoriti 10,098 undi yang dimenangi mendiang bapanya, Stephen Wong, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
Pencabar terdekatnya, calon Parti Bersatu Sabah (PBS) yang juga bekas Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Linda Tsen Thau Lin mendapat 4,491 undi, manakala tiga lagi calon bebas hilang wang deposit apabila Hamzah Abdullah hanya mendapat 788 undi; Sulaiman Abdul Samat 126 undi dan Chia Siew Yung 178 undi.
Topic Berkaitan
#angkat sumpah
#Dewan Rakyat
#Mohamad Ariff Md Yusof
#Sandakan
#Stephen Wong Tien Fatt
#Vivian Wong Shir Yee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan