awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV direka dengan sistem keselamatan ketat, selamat ketika banjir
Desakan keluar kerajaan pandangan peribadi, bukan Presiden UMNO - Akmal Saleh
Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas di Caracas - Wisma Putra
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wabak COVID-19 jejas ibadat penganut pelbagai agama

Razak Chik
Razak Chik
11/03/2020
13:17 MYT
Wabak COVID-19 jejas ibadat penganut pelbagai agama
Pengunjung masjid perlu mengambil langkah mengelak diri dari terdedah kepada penyebaran COVID-19. -
ANCAMAN penularan wabak selesema COVID-19 kini menjejas kelancaran ibadat penganut pelbagai agama.
Perhimpunan beramai-ramai di masjid, kuil mahupun gereja memberi ruang dan menjadi medan penyebaran kuman, bakteria mahupun virus.
Dalam keadaan bersesak sewaktu beribadat, penularan sebarang wabak penyakit adalah cabaran yang perlu dihadapi.
Sedar tentang bahaya penularan, pelbagai saranan dari pihak tertentu dibuat agar perhimpunan ibadat dikurangkan jumlah penyertaan, ditangguh atau dibatal buat sementara waktu.
Saranan ini menimbulkan reaksi berbeza. Ada yang menyokong dan tak kurang juga yang membantah kerana ia menyentuh isu agama.
Antara tindakan yang dianjurkan termasuk membatalkan perjalanan ke destinasi ibadat dan mengelak acara yang melibatkan sentuhan fizikal.
Bagi umat Islam, tindakan mengejut Arab Saudi menutup Masjidil Haram di Mekah selain dari waktu solat untuk beberapa jam sahaja menyebabkan ibadat umrah bagi pengunjung luar negara tersekat.
Tanpa pengeluaran visa dari kerajaan Arab Saudi, syarikat pengendali umrah tempatan kini menghadapi masalah aliran tunai.
Kemungkinan ada yang bakal gulung tikar. Ini belum lagi mengambil kira kekecewaan bakal jemaah yang berdepan dengan situasi ketidak-tentuan tentang perjalanan menunaikan umrah.
Masjid pula tetap menjadi tumpuan harian umat Islam. Kemuncak pada solat Jumaat pula menghimpun ribuan jemaah yang mempunyai implikasi terhadap penularan COVID-19.
Buat masa ini, tiada sebarang saranan dibuat halang solat mingguan tetapi sudah ada andaian tindakan ini tidak dapat dielakkan sekiranya timbul kes penularan yang pertama.
Adat bersalaman juga menarik perhatian kerana bersentuhan pada waktu ini sememangnya wajar dielak – sama ada dalam pergaulan sosial mahupun di ruang ibadat.
Di Iran pula, penganut Syiah dilarang menjilat pintu besi makam Masumeh di kota Qom – satu amalan yang dikira biasa kalangan mereka yang percaya 'kuasa qaramah'.
Amalan ini kini dilarang kerana Iran sedang teruk dilanda COVID-19. Dua rakyat Iran yang melanggar perintah ini bakal menghadapi tindakan undang-undang.
Bagi penganut agama Kristian, perhimpunan ibadat di gereja pada hujung minggu melibatkan kehadiran ramai pengunjung.
Aturcara ibadat antara lain termasuk paderi meletakkan kepingan wafer pada lidah penganut. Amalan ini turut digantung buat sementara waktu.
Di Itali yang mengalami penularan wabak selesema paling teruk di luar China, paderi gereja Roman Katolik disarankan supaya terus menjalankan tugasan keagamaan kepada pesakit COVID-19.
Namun, mereka dinasihat supaya memakai peralatan dan pakaian yang menepati piawaian agar tidak dijangkiti penyakit.
Buat masa ini yang boleh dikira sebagai darurat kesihatan, semua agama bersatu hati menyaran penganutnya menjaga diri, amal kebersihan, basuh tangan dan elak sentuhan.
Usaha yang paling mudah ialah elak bersalaman, gantikan dengan senyuman.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#jangkitan
#koronavirus
#Solat Jumaat
#virus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan