awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Terengganu runding bawa pulang pelajar UPSI menerusi penerbangan ihsan TUDM
DUNIA
IAEA akan teruskan pemeriksaan di Iran selepas keadaan keselamatan
DUNIA
Perbicaraan baharu kematian Diego Maradona diadakan di luar Buenos Aires
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Wahid Omar dilantik pengerusi Permodalan Nasional Berhad

Astro Awani
Astro Awani
29/07/2016
05:46 MYT
Wahid Omar dilantik pengerusi Permodalan Nasional Berhad
Wahid Omar yang merupakan seorang akauntan bertauliah, pernah mengetuai Maybank, sebuah syarikat di bawah portfolio PNB selepas mengetuai transformasi Telekom Malaysia. - Gambar fail
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Abdul Wahid Omar telah dilantik sebagai Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang baharu berkuatkuasa 1 Ogos.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini berkata Tan Sri Abdul Wahid, seorang akauntan bertauliah, pernah mengetuai Maybank, sebuah syarikat di bawah portfolio PNB selepas menerajui transformasi Telekom Malaysia.
Beliau juga telah mengetuai pemulihan UEM Group.
Semasa di Jabatan Perdana Menteri, beliau bertanggungjawab menyelia agensi-agensi kerajaan seperti EPU, UKAS, Jabatan Perangkaan, Ekuinas, Talent Corporation, TERAJU dan Yayasan Pendidikan Bumiputera.
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini turut mengucapkan terima kasih kepada Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid di atas sumbangan besar beliau mengemudi PNB sejak 1996 sehingga menjadi salah sebuah institusi pelaburan terkemuka di Malaysia.
Menurut beliau, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid PNB telah mencapai pelbagai kenyataan dalam melaksanakan mandat kerajaan bagi meningkatkan tarat ekonomi masyarakat Bumiputera khususnya, dan menyumbang ke arah pertumbuhan negara untuk manfaat seluruh rakyat Malaysia.
Topic Berkaitan
#Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Abdul Wahid Omar telah dilantik sebagai Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang baharu berkuatkuasa 1 Ogos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami