Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui tiada kesepakatan dalam Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kabinet bayangan.
Beliau turut memberi alasan bahawa pembentukannya tidak dapat direalisasikan atas faktor kewangan dan PR tidak mempunyai infrastruktur untuk melaksanakannya kecuali pihak pentadbiran Parlimen membantu menanggung kos perbelanjaan dan kos-kos yang berkaitan.
"Parlimen seharusnya membantu penubuhan kabinet bayangan PR. Justeru itu,atas faktor kewangan dan tiada kesepakatan antara parti DAP, PAS, PKR, kabinet bayangan itu tidak dapat direalisasikan," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Anggota Parlimen Permatang Pauh itu turut menafikan bahawa beliau telah mencadangkan pengwujudan semula kabinet bayangan pada sidang media semalam sebaliknya menjelaskan bahawa apa yang dimaksudkan beliau adalah untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa Parlimen yang bertujuan memperkukuh sistem periksa dan imbang.
Dr Wan Azizah berkata demikian bagi mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini yang menolak cadangan ketua pembangkang itu untuk menubuhkan kabinet bayangan PR.
Lim dilapor sebagai berkata kabinet bayangan PR adalah tidak praktikal, justeru DAP memilih untuk menubuhkan kabinet bayangan sendiri dengan mengumumkan senarai 18 portfolio yang akan diisi anggota Parlimen parti itu.
Semalam, Dr Wan Azizah dipetik sebagai berkata jawatankuasa kabinet bayangan pembangkang untuk setiap kementerian akan diwakili oleh anggota Parlimen PR.
Bernama
Tue May 19 2015
DR WAN AZIZAH: Parlimen seharusnya membantu penubuhan kabinet bayangan PR. Justeru itu,atas faktor kewangan dan tiada kesepakatan antara parti DAP, PAS, PKR, kabinet bayangan itu tidak dapat direalisasikan. - Gambar fail
UPM hasilkan gel tenaga dari kurma untuk ahli sukan dan aktiviti lasak
Pasukan penyelidik menghasilkan formulasi gel tenaga baharu menggabungkan bahan-bahan berkhasiat atau superfood dalam satu paket kecil.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Piala Belia: Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai
Pihak Persatuan Bola Sepak Melaka dan pengurus pasukan telah dipanggil polis dan sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat.
Pesawat Garuda Indonesia lakukan pendaratan cemas selepas enjin terbakar
Pesawat yang membawa 450 penumpang dan 18 anak kapal termasuk jemaah haji baru saja berlepas dari Makassar menuju Arab Saudi.
Pengguna iOS 17.5 dapati foto lama dipadam muncul kembali
Mereka terkejut melihat gambar yang telah bertahun dipadam, tiba-tiba muncul sebagai gambar yang baru dimuat naik ke iCloud.
#AWANIByte: Huawei perkenal inovasi terbaharunya WATCH FIT 3 dan MateBook X Pro
Huawei dengan bangga memperkenalkan dua produk revolusioner iaitu HUAWEI WATCH FIT 3 dan HUAWEI MateBook X Pro 2024, menandakan lembaran baharu dalam gabungan fesyen dan teknologi dalam pasaran boleh pakai.
Enam lelaki termasuk empat warga asing ditahan miliki syabu
Enam lelaki termasuk empat warga asing ditahan bersama 5,203 gram dadah jenis syabu di Serembah, Ahad lepas.
Konsortium umum tawaran bersyarat bagi MAHB
Gateway Development Alliance dan para pemegang sahamnya (secara bersama dikenali sebagai Konsortium) mengumumkan tawaran sukarela prasyarat bagi mengambil alih semua saham dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang belum dimiliki Konsortium itu, pada harga tawaran sebanyak RM11.00 bagi setiap saham.
PM Singapura baharu: Menilai dinamik hubungan dua hala
Era kepimpinan di Malaysia dan Singapura sudah berubah. Bagaimana ini mencerminkan hubungan dinamik dua hala yang amat memerlukan satu sama lain? Dr. Ahmad martadha berkongsi pandangan.
Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Mei 2024
Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang dijadual diumumkan lewat Rabu adalah penting untuk membuat keputusan mengenai kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) pada masa akan datang.
Kejayaan calon PH bukti semangat kekitaan yang erat dalam Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
"DAP banyak bantu calon BN dalam PRK sebelum ini, tidak salah jika UMNO membalas budi yang telah ditabur oleh mereka."
PRK Kuala Kubu Baharu: PH yakin pertahan kemenangan - Loke
Pakatan Harapan (PH) optimis mampu mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu esok.
MIC nafi dakwaan wujud boikot secara senyap dalam parti
MIC menuntut agar portal media berkenaan mendedahkan sumber yang mengeluarkan dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang.
‘Pas lebih lama dengan DAP’ - Ahmad Maslan
"Kumpulan ini sebenarnya orang hipokrit tahap tinggi," kata Ahmad membidas segelintir penyokong pembangkang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
'Hormati hak MCA tidak kempen kecuali calon dari BN' - Pemuda MCA
Pemuda MCA tidak akan menghalang mana-mana parti yang mahu membantu DAP untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), Mei ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: DAP sokong penuh siapa sahaja calon Kerajaan Perpaduan - Nga
DAP akan memberi sokongan penuh kepada siapa sahaja calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini.
DAP hormati keputusan mahkamah libat isu tahanan rumah Najib
DAP akan menghormati keputusan mahkamah berhubung permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan
Wanita DAP mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH), pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.