Indonesia berduka meratapi pemergian Presiden ketiga republik itu, Bacharuddin Jusuf Habibie atau BJ Habibie, yang selamat disemadikan di Taman Makam Pahlawan, Kalibata di Jakarta.
Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Wan Azizah turut hadir menzahirkan penghormatan dan takziah Malaysia, pada majlis pengebumian jam 2.10 petang waktu Indonesia Barat, yang diadakan dengan penuh istiadat pemakaman ketenteraan.
Istiadat pemakaman itu dihadiri Presiden Indonesia, Joko Widodo serta bekas presiden kelima Indonesia Megawati Soekarnoputri dan presiden keenam, Susilo Bambang Yudhoyono.
BJ Habibie meninggal dunia jam 6.05 petang semalam di Rumah Sakit (Hospital) Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto berikutan pelbagai masalah kesihatan yang dialaminya.
BJ Habibie, 83, adalah presiden Indonesia ketiga, menggantikan Presiden Soeharto dan menjawat jawatan itu bermula 21 Mei 1998 hingga 20 Okt 1999.
Jenazah Allahyarham dikebumikan bersebelahan pusara isterinya, Hasri Ainun Besari atau Ainun Habibie, yang meninggal dunia pada 22 Mei 2010.
Dr Wan Azizah tiba di Jakarta jam 11.45 pagi tadi menerusi pesawat khas, mengetuai delegasi Malaysia yang turut dihadiri Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akindan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, dengan diiringi Duta Besar Malaysia di Indonesia, Zainal Abidin Bakar, bagi memberi penghormatan terakhir kepada Bapak Teknologi Indonesia itu.
Dr Wan Azizah dijadual berlepas pulang ke Kuala Lumpur jam 4 petang ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 12 2019
Wan Azizah turut hadir menzahirkan penghormatan dan takziah Malaysia, pada majlis pengebumian jam 2.10 petang waktu Indonesia Barat. - Facebook: Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
Pesawat buatan pertama Indonesia tersangkut di pintu masuk tol
Kejadian berlaku apabila pemandu trak yang mengangkut kapal terbang berkenaan tidak sedar bahawa muatannya itu terlalu tinggi.
Ceritalah ASEAN - Kehidupan dan legasi BJ Habibie
Habibie hidup dan mati di betul-betul tengah kehidupan awam Indonesia. Setiap orang akan berasa kehilangan kenaikannya tetapi beliau secara peribadi tetap mempesona.
Berdoa atau 'selfie' di pusara Allahyarham Habibie?
Di sebalik hasrat baik untuk memberi penghormatan pada Habibie, sebilagan pengunjung merakamkan foto 'selfie' di kubur Allahyarham.
"Setiap lirik saya tulis buat saya sesak dan takut" - Melly Goeslaw kongsi kenangan Habibie & Ainun
Takziah...
BJ Habibie selamat disemadi
Istiadat pemakaman jenazah bekas Presiden Indonesia ke-3, Bacharuddin Jusf Habibie atau turut dikenali sebagai BJ Habibie, selesai disempurnakan dekat sini sekitar jam 3.30 petang (waktu Malaysia).
Wan Azizah hadiri upacara pengebumian BJ Habibie
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mengetuai delegasi Malaysia ke Jakarta, Indonesia bagi menghadiri upacara pengebumian bekas Presiden Indonesia ketiga BJ Habibie.
'Saya anggap Habibie seperti keluarga' - Anwar
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat terkesan dengan pemergian bekas Presiden Indonesia ketiga itu.
Rakyat Indonesia berkabung selama tiga hari
Pengibaran bendera setengah tiang itu akan dilakukan selama tiga hari bermula esok sehingga 14 September.
BJ Habibie bapa teknologi penerbangan Indonesia
Pemergian Presiden Ketiga Republik Indonesia BJ Habibie meninggalkan legasi kejuruteraan pesawat di Indonesia.
BJ Habibie akan dikebumikan di samping isterinya Ainun Habibie
BJ Habibie akan dikebumikan bersama makam Allahyarham isterinya, Ainun Habibie di Taman Pahlawan Kalibata, Jakarta Selatan.