Tutup

Wan Azizah hadiri upacara pengebumian BJ Habibie

Wan Azizah hadiri upacara pengebumian BJ Habibie
Dr Wan Azizah akan menziarahi keluarga dan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham BJ Habibie di Kuningan Timur. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mengetuai delegasi Malaysia ke Jakarta, Indonesia bagi menghadiri upacara pengebumian bekas Presiden Indonesia ketiga Bacharuddin Jusuf Habibie atau lebih dikenali sebagai BJ Habibie, demikian menurut Wisma Putra.

Dr Wan Azizah dalam lawatan khas itu hari ini akan diiringi Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin serta pegawai pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Kementerian Luar.

Menurut kenyataan Wisma Putra hari ini, Dr Wan Azizah akan menziarahi keluarga dan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham BJ Habibie di Kuningan Timur.
Beliau juga akan menghadiri upacara pengebumian Allahyarham di Taman Makam Pahlawan Kalibata di Jakarta Selatan.

BJ Habibie menghembuskan nafas terakhir semalam pada pada usia 83 tahun di Jakarta Pusat.

"Pemergian Allahyarham BJ Habibie yang merupakan seorang negarawan Indonesia, adalah satu kehilangan besar bukan sahaja bagi negara tersebut malah bagi seluruh rantau Asia Tenggara," kata Wisma Putra.

-- BERNAMA

Tag: Wan Azizah Wan Ismail, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri, Kementerian Luar, Perdana Menteri, Malaysia, BJ Habibie, Bacharuddin Jusuf Habibie, Wisma Putra, Indonesia, Jakarta, pengebumian bekas Presiden Indonesia


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.