Wan Ji Wan Hussin, 32 pada Rabu mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengeluarkan kenyataan menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurut laporan Free Malaysian Today, Wan Ji dituduh di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

Hakim Mahkamah Sesyen, Slamat Yahya telah bersetuju dengan permohonan pendakwaraya, Mohd Azhari Harun supaya pihak imigresen mengeluarkan surat agar pasport milik Wan Ji diserahkan kepada pihak mahkamah.

Hakim Mahkamah turut memutuskan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin ke atas bekas AJK Dewan Ulama PAS Selangor itu.

Bagaimanapun, permintaan Peguambela Wan Ji, Rozlan Jalaluddin agar wang ikat jamin dikurangkan sebanyak RM2,000 kerana tertuduh tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi, telah ditolak.

Pada 5 November, Wan Ji atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Wan Ji didakwa telah mengeluarkan satu kenyataan menghina Sultan dan berunsur hasutan di dalam akaun Facebooknya.

Kes tersebut akan disambung semula pada 10 Oktober ini.