Seorang wanita berusia 23 tahun menjadi korban terbaharu COVID-19 di Sarawak menjadikan jumlah kematian di negeri itu meningkat kepada 13 kematian.

Mangsa merupakan mahasiswa di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dilaporkan menghadapi kesukaran bernafas pada 30 Mac lalu sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS) pada hari sama.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, mangsa meninggal dunia pada 9 April 2020 jam 9.42 pagi.

Kedua-dua ibu dan bapa mangsa juga disahkan positif COVID-19.

BACA: Sarawak catat dua lagi kematian terbaharu COVID-19, 10 kes positif

BACA: Pesuruhjaya Polis Sarawak positif COVID-19

Sementara itu, enam kes positif terbaharu juga dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif negeri itu kepada 312 kes.

Lima kes positif terbaharu itu kini dirawat di HUS manakala satu kes dirawat di Hospital Bintulu.

Manakala 141 kes baharu Person Under Investigation (PUI) juga dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes PUI negeri Sarawak sebanyak 2,005 kes.