awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hasil imej lucah akan dijadikan kesalahan jenayah di UK
FLYSiswa 2026 diperluas, empat kategori baharu manfaatkan lebih 60,000 pelajar
Tiga lelaki lepas, bebas tuduhan edar 96kg dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita cedera parah selepas tergelincir dari bukit

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
09/02/2019
10:47 MYT
Wanita cedera parah selepas tergelincir dari bukit
Mangsa tiba-tiba tergelincir dan jatuh serta bergolek beberapa meter sebelum badannya tersangkut pada sebatang pokok di lereng bukit. - Foto ihsan bomba
Seorang peniaga wanita cedera parah di bahagian kepala dan pinggang selepas tergelincir ketika menuruni Bukit Merah di FELDA Padang Piol di sini, pada Sabtu.
Dalam kejadian jam 9.15 pagi itu, mangsa Norlizawati Mohamed Nawi, 35, bersama dua lagi rakannya memulakan aktiviti mendaki bukit berkenaan kira-kira jam 8 pagi.
Difahamkan, ketika menuruni bukit berkenaan, Norlizawati tiba-tiba tergelincir dan jatuh serta bergolek beberapa meter sebelum badannya tersangkut pada sebatang pokok di lereng bukit.
Menurut rakannya, Norizan Idris, 36, mereka meminta pertolongan daripada pendaki lain yang turut berada di tempat kejadian sebelum menghubungi pihak berkuasa.
Katanya, akibat kecederaan yang dialaminya menyebabkan pihak bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) terpaksa mengusungnya untuk dibawa turun ke bawah.
Sementara itu, Pegawai Kanan Bomba 2 Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut, Osman Malek berkata, panggilan kecemasan diterima jam 11.19 pagi dan beberapa anggota digerakkan ke lokasi kejadian.
"Semasa tiba di tempat kejadian, beberapa anggota APM sudah tiba lebih awal dan menguruskan mangsa untuk dibawa turun menggunakan alat pengusung," katanya.
Beliau berkata, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Jerantut untuk menerima rawatan dan keadaan mangsa dilaporkan stabil.
Topic Berkaitan
#angkatan pertahanan awam
#APM
#Bukit Merah
#Felda
#Felda Padang Piol
#Hiker
#Jatuh bukit
#mendaki bukit
#Osman Malek
#Pegawai Kanan Bomba 2 Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut
#Wanita jatuh bukit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan