Seorang wanita dan anak lelakinya berusia tiga tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 32 bangunan kediamannya iaitu sebuah kondominium di Bukit Jalil di sini, hari ini.
Wanita berusia 23 tahun itu dan anaknya ditemui terbaring di koridor tingkat satu dalam kejadian kira-kira 2 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Chong Kok Sin berkata siasatan awal mendapati wanita itu mengalami masalah kemurungan.
"Suaminya yang berusia 28 tahun, seorang ejen hartanah, pernah membawa isterinya mendapatkan rawatan psikiatri di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada Mei atau Jun lepas," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Chong berkata sebelum kejadian itu, wanita berkenaan memberitahu suaminya dia mahu membuang sampah ketika mereka sedang bersiap untuk ke Karak, Pahang.
"Ketika sedang mengemas beg, wanita itu memberitahu suaminya dia mahu membuang sampah dengan membawa anaknya bersama.
"Lima minit kemudian, suaminya meminta adik perempuannya mencari isteri dan anaknya di tempat parkir sementara beliau mengemas beg untuk dibawa ke kereta.
"Pada masa itu, dia terdengar bunyi yang kuat dan apabila menjenguk ke bawah dari unit rumahnya di Tingkat Sembilan, dia ternampak isteri dan anaknya dalam keadaan terbaring," katanya.
Beliau berkata pemeriksaan polis di lokasi kejadian turut menemukan telefon bimbit milik wanita itu di Tingkat 32 bangunan berkenaan, yang merupakan kawasan rehat penghuni di situ.
"Kawasan itu dilengkapi cermin setinggi empat meter yang berperanan sebagai penghadang," katanya.
Mayat dua beranak itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia di sini untuk dibedah siasat.
Bernama
Wed Aug 31 2016
Keadaan mayat mangsa wanita dan anaknya yang ditemui di tingkat satu kondominium berkenaan. - Foto ihsan
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
Ketengah ‘Malam Graduasi’, konsert Ada Apa Dengan Melly & Friends 1 Jun depan
Pemilihan konsep malam graduasi adalah peluang peminat mengimbau kembali momen selepas tamat zaman persekolahan.
Program setahun bersama Kerajaan MADANI: Prasarana tawar diskaun 25 peratus
Prasarana menawarkan diskaun hingga 25 peratus untuk perkhidmatan rel dan BRT dari atau ke Stesen LRT Bukit Jalil, bersempena dengan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI.
Mayat dalam kereta: Polis berkas lima lelaki
Hasil siasatan mendapati kes ini berkaitan satu laporan polis bersabit Bukit Jalil 8063/23 yang disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan.
Komposer muzik terkenal India Yuvan bakal adakan konsert di Malaysia pada Sabtu
Komposer muzik terkenal India, Yuvan Shankar Raja, bersedia untuk memukau penonton dengan persembahan dinamik menerusi konsert bertajuk "HIGH ON U1 - LIVE IN KUALA LUMPUR 2023" pada Sabtu ini.
Blinks Indonesia tercabar, Sitizoner naik angin - Panas konsert BLACKPINK di media sosial
Kami senaraikan beberapa perkara menarik yang menjadi buah mulut netizen dalam konsert Born Pink Live in KL.
Operasi Stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan sehingga jam 2 pagi
Operasi semua stesen lain akan turut dilanjutkan bagi membolehkan penumpang menuju ke destinasi akhir.
Piala AFF: Hanya 59,000 tiket dijual bagi aksi Thailand, harga kekal RM30
Hanya 59,000 tiket dijual bagi aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 antara skuad Harimau Malaya dengan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini (7 Jan).
Piala AFF 2022: Operasi stesen LRT Bukit Jalil dilanjut hingga 12.30 malam
Operasi Stesen transit aliran ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 12.30 malam pada 3 Januari ini.
Pandelela, Tze Liang menang emas di GP Terjun
Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong kembali menguasai acara kegemarannya, selepas memenang pingat emas di Grand Prix Terjun FINA.
Aksi ONE Championship kembali ke KL Oktober ini
Selepas hampir dua tahun, ONE Championship akan kembali menggegarkan ibu negara bulan depan, menampilkan dua jaguh MMA tanah air.