Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Wanita dijangkiti koronavirus rebah di Malaysia?

Wanita dijangkiti koronavirus rebah di Malaysia?
Keluarga berkata keputusan kematian wanita ini belum diketahui tiada bukti beliau dijangkiti novel koronavirus. - Foto AFP/Semak Fakta
SEBUAH video yang telah ditonton ribuan kali di Facebook mendakwa bahawa ia menunjukkan seorang wanita pengsan selepas dijangkiti novel koronavirus.

Dakwaan ini mengelirukan. Wanita tersebut jatuh sakit dan mati, tetapi pihak hospital berkata punca kematian belum diketahui.

Video itu, yang menunjukkan seorang wanita berhijab rebah di dalam sebuah kedai, telah dimuat naikkan ke Facebook di sini pada 27 Januari 2020.

Ia telah ditonton 12,000 kali sebelum akhirnya dipadamkan.
Berikutnya tangkapan skrin posting yang mengelirukan itu:

AFP

Kapsyennya menyatakan: “Masyaallah sampai MCM ni skli.. dengan sentuhan brg pn boleh berjangkit.”

Video tersebut dimuat naikkan bersama repot media mengenai betapa berjangkitnya novel koronavirus.

Novel coronavirus, yang dipercayai muncul dari sebuah pasar hidupan liar di Wuhan, China, pada lewat 2019, telah merebak ke lebih daripada 20 negara, dan meragut sekurang-kurangnya 490 nyawa di tanah besar China serta dua lagi di Filipina dan Hong Kong, menurut laporan AFP ini pada 5 Februari 2020.

Video tersebut juga dimuat naikkan ke Facebook di sini pada 27 Januari 2020, sehingga mendapat lebih daripada 1,300 tontonan.

Video itu telah dikongsi dalam konteks yang mengelirukan: keluarga wanita di dalam video itu telah mengesahkan bahawa dia sememangnya pengsan dan mati, tetapi pihak hospital berkata punca kematiannya masih belum diketahui.

Repot suratkhabar Sinar Harian ini bertajuk, “Video gadis rebah bukan kerana koronavirus”, telah mengenal pasti wanita tersebut sebagai Nur Izzah Izzati Norazlan, yang meninggal dunia selepas rebah di dalam sebuah kedai di kawasan Shah Alam di Selangor pada 26 Januari 2020.

Sebahagian daripada repot tersebut menyatakan: “Ahli keluarga kepada gadis yang rebah dan meninggal dunia di sebuah kedai di Shah Alam Ahad lalu, tampil menafikan kematian mangsa akibat koronavirus seperti yang ditularkan di laman sosial.

“Allahyarham Nur Izzah Izzati Norazlan, 20, meninggal dunia ketika membeli aksesori telefon bimbit di tempat kerjanya di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.”

AFP mendapatkan ayah kepada wanita di dalam video tersebut dan dalam perbualan di Facebook Messenger, Norazlan Mokhri memberitahu AFP bahawa punca kematian masih “belum diketahui” dan pihak hospital memaklumkan bahawa ia akan mengambil masa selama dua bulan sebelum puncanya diketahui.

Pada 4 Februari 2020, seorang lelaki berusia 41 tahun menjadi warga Malaysia pertama yang didapati positif untuk virus itu, lapor akhbar New Straits Times di sini. Dari 10 kes novel koronavirus yang disahkan di Malaysia, sembilan daripadanya merupakan warga China.

Video tersebut di dalam posting yang mengelirukan itu telah dimuat naikkan bersama-sama dengan tiga imej yang lain.

Gambar profil mangsa

Gambar pertama merupakan gambar profil wanita yang dirakamkan, seperti yang dilihat dalam laporan Sinar Harian.

Di bawah adalah tangkapan skrin perbandingan gambar di dalam posting yang mengelirukan (kiri) dan gambar di dalam repot Sinar Harian (kanan), dibulatkan dalam warna hijau oleh AFP.



Imej yang kedua telah dikongsikan bersama-sama video di dalam posting Facebook yang mengelirukan mendakwa bahawa jenis baru koronavirus telah dikenalpasti di Kuantan, Pahang.

Kapsyennya menyatakan: “Coronovirus dah ada dkt KUANTAN.. kurangkan aktiviti luar gaiss..”

Teks yang didapati di dalam imej menyatakan: “Ati2 smua.. ktn dh ada 1 kes +ve coronovirus.. dtg kecemasan kt uia td.. staf TNB..So jgn bwk ank kua mna2 skrg...trutamany tmpt rmai org..”

Di bawah adalah tangkapan skrin imej itu:


xxxxxx

Walau bagaimanapun, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang menafikan dakwaan terdapatnya novel koronavirus di negeri Pahang di dalam posting Facebook ini

Di bawah adalah tangkapan skrin kenyataan rasmi itu:


AFP


 

Sebahagian daripada kenyataan tersebut menyatakan: “Sehingga 27 Jan 2020, tiada sebarang kes yang disyaki mengalami jangkitan Novel Coronavirus yang dimasukkan ke mana-mana hospital di negeri Pahang.

“Sehubungan dengan itu, pihak kami meminta semua lapisan masyarakat supaya sentiasa berhati-hati dan TIDAK menularkan sebarang berita tidak sahih/benar yang boleh menimbulkan kekeliruan dan panik dalam kalangan masyarakat.” 

– Novel koronavirus berjangkit melalui bungkusan? –

Gambar ketiga kononnya tangkapan skrin sebuah repot daripada saluran berita dari Singapura, The MiceTimes of Asia, bertajuk: “Koronavirus boleh berjangkit melalui bungkusan AliExpress.”

Artikel tersebut diterbitkan pada 23 Januari, 2020 di sini – dan sejak itu telah dinyahterbitkan – mendakwa bahawa novel koronavirus boleh berjangkit melalui objek, dan “transmisi coronavirus nCoV yang membawa maut melalui bungkusan yang dipesan daripada platform dagangan popular AliExpress tidak dikecualikan”.

Di bawah adalah tangkapan skrin repot itu:

AFP Semak Fakta


Walau bagaimanapun, menurut Pusat untuk Pengawalan dan Pengelakan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, “kemungkinan risiko untuk berjangkit daripada produk ataupun bungkusan yang telah dikirim selama tempoh beberapa hari atau minggu pada suhu ambien adalah sangat rendah”.

Di bawah adalah tangkapan skrin seksyen yang relevan dari laman soalan lazim CDC:


AFP