Polis menahan seorang wanita malam tadi kerana dipercayai membuat kenyataan dengan menghina azan dan agama Islam menerusi laman sosial Facebook.
Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata wanita berumur 26 tahun itu ditahan pada 8 malam di sebuah rumah di Taman Rekamas, Simpang Renggam dekat Kluang selepas pihaknya menerima satu laporan, 20 Disember lepas.
"Bertindak atas laporan tersebut, polis yang menjalankan siasatan telah dapat mengesan pemilik akaun laman sosial berkenaan yang disyaki memuat naik kenyataan yang menghina azan dan agama Islam. Keadaan ini boleh mencetuskan suasana tidak harmoni," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Wan Ahmad Najmuddin berkata polis turut merampas satu komputer riba dan satu telefon bimbit milik wanita berkenaan.
Beliau berkata polis akan mengemukakan permohonan reman terhadap wanita itu bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
Katanya, polis sehubungan itu menasihati orang ramai supaya tidak menyalahgunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi media sosial bagi mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni dan melukakan perasaan penganut agama lain.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 23 2016
Polis turut merampas satu komputer riba dan satu telefon bimbit milik wanita berkenaan. - Gambar hiasan
Boleh guna kad debit, kredit di semua kaunter khidmat pelanggan - Rapid Rail
Kaedah pembayaran baharu ini bertujuan untuk memberi kemudahan dan meningkatkan kecekapan proses pembelian untuk pengguna Rapid KL.
Bekas pemain yakin Arne Slot pilihan tepat buat Liverpool
Feyenoord dan Liverpool dilaporkan minggu lalu mencapai persetujuan pada dasarnya untuk Slot mengambil alih daripada Jurgen Klopp musim depan.
Blinken akan terus desak Netanyahu
Blinken berkata masih banyak lagi yang perlu dilakukan bagi memastikan bantuan sampai kepada orang ramai secara berterusan.
Trak bawa tahanan, mayat ke Gaza bertindak sekat bantuan
Trak yang membawa kedua-dua mayat dan tahanan ke Gaza melalui persimpangan utama Kerem Shalom kerap menahan penghantaran bantuan.
IsDB simpul mesyuarat 4 hari, dengan 85 perjanjian pembiayaan US$8 bln
Perjanjian tersebut berkaitan dengan operasi serta projek dalam pelbagai sektor, kata Presiden IsDB Dr Muhammad Al-Jasser.
AWANI Pagi: Hari Pekerja 2024 - Tangani stres, perbaiki psikologi pekerja
Bersempena Hari Pekerja yang disambut 1 Mei, ia boleh disifatkan sebagai hari meraikan pekerja yang membantu dalam pembangunan ekonomi dan produktiviti tempatan.
Namun perkara yang sering terlepas pandang pastinya stress dengan kerja, dan kesihatan psikologi diri.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bersama pakar psikologi untuk merungkai perkara ini.
Namun perkara yang sering terlepas pandang pastinya stress dengan kerja, dan kesihatan psikologi diri.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bersama pakar psikologi untuk merungkai perkara ini.
AWANI Pagi: SSPA, jangan tinggal lagi skim kami?
Diskusi AWANI Pagi bersama Setiausaha Agung Gabongan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS), Amir Hamzah Yakat Ali untuk mengupas mengenai nasib, dan kebajikan perkhidmatan awam bersempena Hari Pekerja 2024.
Universiti Columbia ancam buang pelajar rampas bilik kuliah
Pendudukan bermula semalaman apabila penunjuk perasaan memecahkan tingkap dan memasuki Hamilton Hall.
Larangan berpolitik di masjid, surau masih berkuat kuasa
Semua penjawat awam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) termasuk pegawai masjid dan surau, guru serta Penolong Pendaftar Perkahwinan diingatkan supaya mematuhi ketetapan dan arahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang melarang masjid dan surau dijadikan tempat berpolitik.
Pilih aliran pendidikan hak ibu bapa - Nik Nazmi
Nik Nazmi Nik Ahmad berkata terdapat peningkatan kemasukan pelajar Melayu ke Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) termasuk di Kelantan.
Polis tahan wanita didakwa hina laungan azan
Polis Pulau Pinang menahan seorang wanita bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan menghina laungan azan yang dimuat naik menerusi status di laman Facebook.
Wanita ditahan dipercayai hina azan, Islam menerusi Facebook
Polis menahan seorang wanita malam tadi kerana dipercayai membuat kenyataan dengan menghina azan dan agama Islam menerusi laman sosial Facebook.