awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siti Nurhaliza Ikon Seni Melaka, janji terus martabat lagu tradisi
Smart Tourism Melaka AI, pasport pelancongan perkukuh Tahun Melawat Melaka 2.0
Festival kira detik ambang tahun baharu buka tirai Tahun Melawat Malaysia 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita ditipu kawan sendiri, rugi RM127,000

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
31/07/2018
08:00 MYT
Wanita ditipu kawan sendiri, rugi RM127,000
Mohd Wazir berkata, mangsa membuat sebanyak 14 transaksi ke dalam tiga akaun berbeza yang diberikan oleh suspek sehingga 25 Julai lalu. - Gambar fail
Seorang wanita kerugian RM127,000 selepas ditipu kawannya sendiri yang membuat pinjaman wang daripada mangsa untuk tujuan pelaburan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Supt Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata kejadian bermula pada 25 April lalu apabila mangsa berusia 30 tahun menerima panggilan telefon daripada suspek yang meminta untuk membuat pinjaman wang sebanyak RM2,000.
"Mangsa yang mempercayai rakannya itu kemudian terus ke sebuah bank di sini dan memasukkan RM2,000 ke satu akaun yang diberikan oleh suspek. Suspek mendakwa akaun itu adalah milik rakan perniagaannya.
"Semenjak itu, suspek sering menghubungi dan menghantar mesej kepada mangsa untuk meminta duit dan mangsa akan masukkan duit yang diminta ke dalam akaun yang diberikan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, mangsa membuat sebanyak 14 transaksi ke dalam tiga akaun berbeza yang diberikan oleh suspek sehingga 25 Julai lalu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM127,000.
"Bagaimanapun, ketika mangsa meminta suspek supaya membayar balik wang yang dipinjam berkenaan, dia memberi pelbagai alasan dan meminta tempoh masa untuk menyelesaikannya.
"Jumaat lalu, mangsa menerima mesej daripada suspek meminta memasukkan wang sebanyak RM40,000 dan jika tidak berbuat demikian, lelaki itu akan melakukan sesuatu ke atasnya," katanya.
Mohd Wazir berkata, bimbang terjadi ke atas dirinya dan berasa dirinya ditipu, mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, pada Isnin.
"Kita kini sedang memburu suspek dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan," katanya.
Topic Berkaitan
#Bentong
#jenayah komersial
#mangsa
#Mohd Wazir Mohd Yusof
#pelaburan
#penipuan
#pinjaman
#polis
#transaksi
#wang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan